Ahad, 7 Februari 2010

Adakah Bumiputera Pening Kepala Kerana Konsep NCR?

PENGENALAN

Konsep Hak Adat Bumiputera (NCR) merupakan salah satu konsep yang berperanan memberi kebajikan dan menjaga kepentingan penduduk bumiputera terutamanya di Sarawak. Namun demikian, penelitian terhadap keberkesanan konsep tersebut sejak akhir-akhir ini, telah menyebabkan konsep NCR diragui oleh penduduk tempatan khususnya penduduk di kawasan pedalaman dalam menjaga kebajikan dan hak mereka keatas tanah yang diduduki oleh masyarakat ini sejak sekian lama.

Penduduk 'Bumiputera' mempunyai definisi yang meluas. Menurut Nesti L. (1999) mengenai definisi masyarakat bumiputera adalah; "indigenous communities, peoples and nations are those which, having historical continuity with pre-inavison and pre-colonial societies on their territories, consider themselves distinct from other sectors of the societies now prevailing in those territories, or parts of them. They form at present non-dominant sectors of society and are determined to preserve, develop and transmit to future generations their ancestral territories, and their ethnic identity, as the basis of their continued existence as peoples, in accordance with their own cultural patterns".

Menurut Bulan R. & Locklear A. (2008: 6) lagi melalui Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), menyatakan bahawa; “native titles arise from traditional customs and laws of native communities. These customs are recognised as part of the law of Malaysia under s 160(2) of the Federal Constitution. In addition to customary laws, the English common law, the Land Code 1958 and protections under the Federal Constitution are relevant in defining the content and scope of native title in Malaysia”. Definisi mengenai bumiputera yang wujud di Malaysia telah sekian lama dipinda bagi menjaga keseimbangan dan memberi perlindungan serta kepentingan dikalangan masyarakat ini yang pelbagai kumpulan etnik di Sabah dan Sarawak, terutamanya dalam menjaga hal berkaitan dengan hak bumiputera.


SEJARAH

Sejarah perkembangan masyarakat bumiputera dengan tanah lazimnya sangat berkait rapat dalam kehidupan mereka. Hal ini dapat dibuktikan oleh Barry J. & Kalman J. (2005:1), dimana mereka menyatakan bahawa; "many indigenous peoples have special relationship to land, one that moves beyond mere economic interests to also include deeply cultural and spiritual connections to the places they have inhabited for generations". Tidak mustahil bagi masyarakat bumiputera di Malaysia terutama sekali dikawasan pedalaman Sarawak dan Sabah kehidupan masyarakat ini sangat memerlukan tanah untuk terus hidup biarpun dalam peredaran masa berubah dan membangun. Biarpun masyarakat ini agak lapuk atau dalam erti kata lain, masih 'ketinggalan' peredaran waktu jika dilihat dari segi tempat tinggal penduduk ini di Sarawak. Ini tidak bererti penduduk ini tidak merasa pembangunan yang dijalankan oleh pihak yang bertanggungjawab terhadap kawasan mereka, cuma mereka agak 'kelewatan' untuk merasa semua itu. Hal ini kerana, jarak yang jauh dari kawasan pembangunan menyebabkan mereka lewat untuk merasa semua pembangunan 'sihat'. Sebagai contoh; penduduk minoriti di Sarawak yang tinggal di kawasan pedalaman iaitu Penan. Hampir keseluruhan kawasan pedalaman yang berhampiran dengan kawasan sempadan Malaysia-Indonesia dihuni oleh penduduk minoriti ini.

Persoalannya,..
1. Sejauhmanakah keberkesanan konsep tersebut dalam mempertahankan hak penduduk bumiputera terhadap tanah milik nenek moyang mereka?. 
2. Adakah konsep NCR ini benar-benar dapat melindungi hak penduduk bumiputera keatas tanah milik mereka?
3. Aktiviti pembangunan seperti pembinaan empangan hidroelektrik dan projek penanaman kelapa sawit besar-besaran, adakah ianya menganggu gugat hak tanah yang dimliki oleh masyarakat bumiputera tersebut?


RUJUKAN:



Barry J dan Kalman J (2005). Our Land, Our Life: Indigenous Peoples’ Land Rights, Taiga Rescue Network Factsheet, Sweden. [Online], Available: http://www.taigarescue.org/_v3/files/pdf/181.pdf [August 04, 2009].

 Dr Ramy Bulan & Amy Locklear (2006). Legal Perspective On Native Customary Land Rights in Sarawak, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia/ Human Rights Commission of Malaysia, Selangor, pp. 38-50.

Nesti L (1999). Indigenous Peoples’ Right to Land: International Standards and Possible Development. The Cultural Value of Land and The Link with The Protcetion of The Environment. The Perspective in The Case of Mapuche-Pehuenche, University of Padua, [Online], Available: http://www.xs4all/nl/~rehue/art/nest1.html [August 16, 2009].

Tiada ulasan:

Catat Ulasan