Sabtu, 29 Mei 2010

Empangan Murum & Hak Adat Bumiputera...


Pembinaan empangan hidroelektrik merupakan salah satu alternatif pada masa sekarang dalam menjana tenaga elektrik bagi menggantikan kaedah penggunaan tenaga bahan api. Namun demikian, pembinaan empangan hidroelektrik juga membawa kesan-kesan negatif dan positif kepada alam sekitar serta penduduk disekitar kawasan pembangunan tersebut. Topik yang akan dikaji untuk penulisan ini adalah mengenai hak orang Penan keatas tanah mereka di salah satu kawasan projek pembangunan Empangan Long Murum. Topik yang akan dikaji ini juga berkait rapat dengan kesan pembinaan empangan hidroelektrik Long Murum dengan hak penduduk Penan terhadap tanah mereka. Keadaan tersebut agak serius dan boleh menjejaskan kesinambungan kehidupan kaum minoriti kaum Penan dan juga persekitarannya.
Sejarah atau latar belakang kaum minoriti di Sarawak, iaitu kaum Punan dan Penan menurut Fong Hon Kah (1996: 109) menerusi buku yang bertajuk Sejarah Perkembangan Lembangan Rajang di Sarawak menjelaskan bahawa kaum ini menghuni kawasan hutan Batang Balui dan Batang Belaga, iaitu dua cabang hulu Batang Rajang. Orang Kayan mengenali puak berpindah-randah atau nomad ini sebagai ‘Punan’ manakala orang Kenyah menamakan mereka sebagai ‘Penan’. Sebenarnya, mereka adalah dua puak yang berlainan; puak Punan mempunyai penempatan yang agak tetap berbanding dengan puak Penan yang kerap berpindah-randah. Kaum ini juga memiliki kulit yang cerah disebabkan mereka hidup di dalam hutan sepanjang masa dan mereka tidak tahan dengan cahaya panas matahari sebagaimana yang dinyatakan oleh Fong Hon Kah mengenai latar belakang kaum ini. Secara tidak langsung, kehidupan kaum Penan bergantung kepada hutan untuk hidup seperti sumber makanan dan tempat tinggal mereka.
Namun demikian, keadaan kehidupan mereka telah berubah pada masa sekarang. Hal ini kerana, penempatan mereka kebanyakannya telah dibangunkan oleh pihak pemaju tidak kira sama ada daripada pihak kerajaan mahupun pihak swasta. Namun demikian, wujud kesan sampingan akibat daripada pembangunan tersebut. Khususnya, berkaitan dengan permasalahan penduduk terhadap hak pemilikan tanah mereka. Keadaan sedemikian kebanyakannya berlaku keatas penduduk bumiputera terutamanya di kawasan pedalaman Sarawak. Sebagai contoh aktiviti pembalakan kayu dan juga penanaman kelapa sawit secara besar-besaran. Menurut Kajian Kes Malaysia yang dilakukan oleh Bujang M. (2004) mengenai A Community Initiative: Mapping Dayak’s Customary Lands in Sarawak dimana ‘kerajaan Pusat memperolehi sumber pendapatan utama adalah hasil daripada aktiviti pembalakan. Tambahan lagi, kerajaan Pusat telah mengeluarkan lesen konsesi pembalakan secara sah kepada syarikat swasta sebanyak 70% jumlah kawasan tanah yang ada di Sarawak. Dengan hutan yang semakin cepat berkurangan akibat daripada eksploitasi hutan yang berlebihan, pihak kerajaan Pusat meneruskan perancangan dan mempromosikan pembangunan pertani berskala besar menerusi kawasan Sarawak yang berkeluasan 3 juta hektar dengan penanaman kelapa sawit dan 1.5 juta hektar sebagai hutan simpan’.
Orang Penan di Sarawak merupakan salah satu kaum minoriti yang kebanyakannya tinggal di kawasan pedalaman. Mereka juga merupakan golongan masyarakat bumiputera dimana menurut Pertubuhan Pekerja Antarabangsa; International Labour Organisation, 1991 menerusi artikel bertajuk Towards a Theory of Indigenous entrepreneurship yang di nyatakan oleh Peredo, Anderson, Galbraith, Honig & Dana, (2004) mengenai definisi masyarakat bumiputera atau indigenous people;
Peoples in independent countries who are regarded as indigenous on account of their descent from the populations which inhabited the country, or a geographical region to which the country belongs, at the time of conquest or colonisation or the establishment of present State boundaries and who, irrespective of their legal status, retain some or all of their own social, economic, cultural and political institutions.”
Selain itu juga, definisi masyarakat bumiputera ini juga boleh dikenali sebagai penduduk asli (aboriginal peoples). Menurut Peredo, Anderson, Galbraith, Honig & Dana (2004) menerusi petikan yang diambil daripada General Assembly The United Nations pada 1995 menyatakan bahawa;
“indigenous or aboriginal peoples are so-called because they were living on their lands before settlers came from elsewhere; they are the descendants...of those who inhabited a country or a geographical region at the time when people of different cultures or ethnic origins arrived, the new arrivals later becoming dominant through conquest, occupation, settlement or other means.”
Keadaan sedemikian membuktikan bahawa penduduk bumiputera memerlukan tanah untuk hidup bukan hanya sekadar sebagai tempat perlindungan semata-mata, malahan kehidupan mereka sepanjang hidup sejak dari generasi terdahulu mementingkan kehidupan pada tanah.
Selain itu, perkara pokok yang akan dibincangkan didalam penulisan ilmiah ini lebih menjurus kepada hak yang seharusnya dimiliki oleh pihak penduduk bumiputera khususnya masyarakat Penan yang tinggal di kawasan pedalaman seperti di Long Wat, Belaga yang dipengaruhi oleh aktiviti pembangunan. Merujuk kepada sejarah perkembangan pemilikan tanah serta hak tanah yang dipegang oleh masyarakat bumiputera ini, hak tersebut adalah terkandung didalam Tanah Hak Adat Bumiputera atau NCR selepas pemerintahan keluarga Raja  Brooke di Sarawak terutamanya. Menurut Bulan R. & Locklear A. (2008: 6) melalui SUHAKAM:
“from the time of Sultan of Brunei, during the rule of the three Rajahs from 1841 until 1946, throughout the reign of the British Crown, and upon Sarawak’s entry into the Federation of Malaysia in 1963, the rights of natives to their traditional lands and their associated land tenure customs have been recognised and protected”.
Hal sedemikian telah menunjukkan bahawa hak dan kepentingan masyarakat bumiputera di Sarawak telah lama dijaga oleh pihak penjajah iaitu Sultan Brunei dan juga keluarga Raja Brooke sehinggalah dalam pembentukan negara Malaysia hasil daripada pengabungan Tanah Melayu dan Sabah dan Sarawak. Hal itu juga, menunjukkan wujud perlindungan hak dan kepentingan bumiputera ini adalah menyeluruh dan merangkumi perlindungan kepada hak pemilik tanah iaitu daripada pembentukan konsep Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).
Semasa kedatangan Raja Brooke ke Sarawak, beliau telah memperkenalkan salah satu sistem dalam pemilikan hak tanah iaitu melalui adat atau native customary laws. Sistem tersebut diperkenalkan oleh Raja Brooke bagi memastikan hak penduduk asal atau pribumi masyarakat di Sarawak khususnya masyarakat bumiputera terpelihara. Hal ini dapat dibuktikan oleh Bulan R. (2009) yang menerangkan sejarah konsep Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) menerusi Asia-Pasific Environment Monograph 1: State, Communities and Forestry in Contemporary Borneo menyatakan mengenai hak yang terkandung didalam sistem tersebut,iaitu;
 “Native customary rights to land consisted of rights to cultivate the land, rights to the produce of the jungle, hunting and fishing rights, rights to use the land for burial and ceremonial purposes, and rights of inheritance and transfer. According to native ideas, the clearing and cultivation of virgin land confers permanent rights on the original clearer”.
Hak sedemikian menunjukkan bahawa masyarakat bumiputera ini mempunyai hak dalam memiliki sesebuah tanah yang telah diwarisi sejak sekian lama. Hal ini kerana, merujuk kepada keterangan tersebut, Bulan R. (2009) menerangkan bahawa masyarakat ini mempunyai ciri-ciri yang sesuai mempunyai hak keatas sesebuah tanah.
Bagi masyarakat ini, mereka menganggap bahawa tanah merupakan ‘hidup’ mereka. Hal ini merujuk kepada kehidupan penduduk ini adalah bergantung kepada tanah. Menurut salah seorang Penan daripada Long Singu, Belaga hasil kajian yang dilakukan oleh Colchester M., Pang W.A., Chuo W.M., & Jalong T. (2007) menerusi salah satu artikel yang bertajuk Land is Life: Land Rights and Oil Palm Development in Sarawak menyatakan bahawa;
i do not agree with this type of development and the manner it is conducted. The development of plantations in this area will definitely result in the destruction and loss of the resources on our lands which we depend on for our survival. Our people were born here, brought up and nurtured in this area and we want to continue to live on this land and surrounding forests”.
Keadaan ini dapat menunjukkan bahawa kehidupan mereka adalah bergantung kepada hutan sepenuhnya. Tambahan lagi, kaum Penan kebanyakannya masih lagi mengamalkan kehidupan nomad, dimana mereka hidup berpindah randah maka dengan itu, hutan serta alam dalamnya merupakan keperluan dalam kehidupan mereka.
Selain itu, perkembangan pemilikan hak tanah masyarakat bumiputera di Sarawak semakin dicabuli oleh pihak tertentu terutama sekali dari sudut pengambilan kayu balak yang berlaku diantara tahun-tahun 1963 dan 1985, sejumlah 2.8 juta hektar (atau 28.217 km persegi) hutan semulajadi telah dibalak menurut Sahabat Alam Malaysia (1990: 7) menerusi buku yang bertajuk Penyelesaian Masalah Hutan dan Penduduk Asli Sarawak. Hal sedemikian sekaligus mencerminkan bahawa kepupusan hutan yang dimiliki oleh penduduk pedalaman terutama sekali penduduk Penan yang menetap di ceruk hutan mengalami permasalahan dengan aktiviti pembalakan sejak sekian lama. Tambahan lagi, keadaan sedemikian juga mempunyai hubung kait dengan aktiviti projek pembinaan empangan hidroelektrik Long Murum dimana kawasan pembinaan perlu dibersihkan dan memerlukan keluasan kawasan yang luas untuk pembinaan.
Selain itu, menurut laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) 2009 melalui SUHAKAM’s Repot on the Murum Hydroelectric Project and Its Impact Towards the Economic, Social, and Cultural Rights of the Affected Indigenous Peoples in Sarawak menyatakan mengenai permasalahan yang berlaku kesan daripada pembinaan empangan Murum di kawasan Long Murum salah satu daripada kesan tersebut adalah isu keatas Tanah Asal penduduk Penan disitu, adalah;
“The community leaders expressed concern that the dam will lead to the loss of their ancestral land. The Penan community right to establishing native customary rights to land where they have resettled has not been resolved. The Sarawak Land Code 1958 as it stands presently does not provide provisions for the Penan community to establish ownership of land which they have traditionally lived within for generations. This can lead to non compensation and under compensation for the internally displaced and affected communities”.
           
Dalam pada itu, keadaan semakin runcing apabila pembangunan yang dijalankan oleh pihak kerajaan dan swasta memberi kesan kepada pemilikan hak adat bagi tanah dan hutan yang dihuni oleh masyarakat bumiputera di Sarawak dicabuli. Menurut laporan Sahabat Alam Malaysia (1990: 14) menerusi buku yang bertajuk Penyelesaian Masalah Hutan dan Penduduk Asli Sarawak mengenai adat penduduk asli Sarawak, menyatakan tentang tuntutan undang-undang adat mereka adalah seperti berikut:
1.                  Temuda iaitu tanah yang ditanam dengan tanaman dan tanah bekas ditanam tetapi dibiarkan untuk beberapa waktu bagi memastikan ia tumbuh menjadi hutan semula;
2.                  Kawasan sekeliling hutan semulajadi di mana berbagai hasil hutan dikumpulkan oleh komuniti pada keseluruhannya.
Dua perkara ini ialah menoa (kawasan hutan dan tanah adat) yang ditanda oleh sempadan sepertimana yang tercatat di muka 4 dalam surat Pekeliling Sekretariat Kerajaan No. 12/ 1939. Dalam pada itu juga, wujud perkembangan konsep hak pemilikan tanah menurut kaum Penan selain daripada konsep NCR.
            Menurut penduduk Penan juga, konsep hak adat pemilikan tanah yang dimaksudkan itu boleh dijelaskan oleh laporan The Testimony of Penan Communities in Sarawak (2000: 1-2) menerusi “Not Development, but Theft” menyatakan bahawa;
            “The ‘guardianship’ of the forest and its resources expresses itself through Penan terms such as ‘tana pengurip’ and ‘molong’. ‘Tana pengurip’ is the concept whereby Penan claim customary land, and carries with it the implication that such land will be held under stewardship for future generations. ‘Tana pengurip’ defines areas by each community and these areas are mutually recognized and respected. … The practice whereby a community or individual can claim a particular resource is expressed through ‘molong’, again with the implication that this resource will not be over-harvested but will be kept sustainable to serve the needs of the present and the future”.
            Maka jelaslah bahawa penduduk Penan mempunyai konsep pemilikan hak tanah dan berperanan sama sebagaimana peranan konsep Hak Adat Tanah Bumiputera (NCR) dalam menjaga dan mempertahankan hak penduduk bumiputera di Sarawak. Tambahan lagi, penduduk Penan juga mempunyai nilai hak yang tersendiri sama ada dalam mempertahankan hak mereka terhadap tanah, hak individu, hak kebebasan bersuara sebagaimana yang dimiliki oleh masyarakat yang ada di muka bumi ini. Hal ini juga boleh dijelaskan oleh Fleiner T. (1999: 21) dalam buku yang bertajuk Why Do We Need Human Rights? menyatakan bahawa: “although people can protect themselves from arbitrary rule, we need human rights to protect minorities from discrimination by the majority”. Hal ini adalah merujuk kepada penduduk minoriti kaum Penan yang mudah untuk didiskriminasi oleh pihak yang berkepentingan dalam usaha mempergunakan hak mereka. Keadaan sebegini timbul apabila wujud sesetengah pihak yang ingin masuk campur tangan dalam mengaut keuntungan sendiri, sebagaimana yang berlaku di kawasan pembangunan Long Murum.
            Selain itu, aktiviti pembangunan projek empangan hidroelektrik Long Murum turut memberi kesan kepada perkembangan pemilikan hak tanah mereka, wujud juga permasalahan lain dalam kawasan tersebut dimana ianya mampu menganggu gugat kebebasan hak mereka. Misalnya, pembinaan empangan hidroelektrik Long Murum tersebut secara tidak langsung akan mengakibatkan perpindahan penduduk Penan di Long Murum dan kawasan sekitarnya khususnya kawasan Long Wat yang mengalami kesan pembinaan tersebut ke kawasan yang lain. Hal ini secara tidak langsung akan mengakibatkan konflik didalam penduduk itu sendiri mahupun dengan pihak luar seperti pihak pemaju dan kerajaan dalam membayar pampasan kerugian yang ditanggung oleh penduduk dikawasan berkenaan. Hal ini adalah merujuk kepada bayaran pampasan tanah yang di bayar oleh pihak terbabit kepada penduduk Penan yang berpindah. Menurut sumber tidak rasmi iaitu melalui sebuah laporan yang dilakukan oleh sekumpulan pelajar (Ramzah Dambul: 2006) menerusi laporan yang bertajuk Empangan Bakun: Janji-janji Kosong, Kehidupan Musnah menyatakan bahawa:
            “kesan penempatan semula penduduk di Sungai Asap – tanah yang tidak mencukupi dimana setiap penduduk telah menuntut 10 hektar tanah untuk dikerjakan di kawasan pertempatan baru ini. Namun begitu kerajaan hanya memberikan kepada mereka sejunlah 3 hektar tanah dan kawasan ini tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan asas penduduk”.
Keadaan sedemikian juga telah menimbulkan keadaan seperti konflik diantara komuiti yang tinggal bersebelahan antara satu dan yang lain. Hal ini juga agak merisaukan penduduk Penan yang berkemungkinan akan mengalami nasib yang sama. Dalam pada itu juga, keadaan sedemikian juga menggambarkan bahawa kegagalan kerajaan untuk menyediakan alternatif tanah lain menunjukkan mereka tidak menghargai dan menghormati hak, tradisi dan budaya orang asal.
            Selaras dengan matlamat sebuah negara untuk mencapai sebuah negara sedang membangun, kawasan seperti Long Murum, Belaga ini juga tidak ketinggalan dalam arus pembangunan tersebut dimana salah satu kawasan tumpuan pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan negeri dan kerajaan pusat di negara ini, telah berlaku banyak pembangunan terutamanya dari segi infrastruktur seperti projek empangan hidroelektrik Long Murum selepas empangan Bakun,  jalan raya, sekolah di kawasan pedalaman, bekalan elektrik dan pembangunan dari segi penanaman kelapa sawit yang sedang rancak dijalankan sekarang. Pembangunan sedemikian mampu memberi kesan yang positif dan juga kesan negatif kepada penduduk mahupun alam sekitar di kawasan terbabit. Dalam penulisan ilmiah ini, saya lebih fokus kepada pemilikan hak tanah orang Penan dan permasalahan tentang kewujudan empangan hidroelektrik Long Murum serta peranan konsep penjagaan hak tanah seperti Tanah Hak Adat Bumiputera dan permasalahan pencerobohan tanah dan pengambilan kayu balak daripada penduduk kampung tersebut.
            Kawasan Long Murum dipilih oleh saya untuk dikaji adalah disebabkan konsep pemilikan tanah hak adat yang menjadi isu utama dalam masyarakat bumiputera khususnya kaum Penan yang tinggal di kawasan pedalaman khususnya di kawasan pembangunan projek empangan Long Murum telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Hal ini kerana, telah banyak berita mengenai permasalahan dengan hak mereka keatas tanah milik nenek moyang  mereka yang diganggu gugat oleh beberapa pihak tertentu untuk kepentingan sendiri mahupun tujuan pembangunan sebagaimana yang sedang berlaku dikawasan mereka. Kes tersebut menjadi semakin serius pada masa sekarang dimana kes tersebut membabitkan masyarakat bumiputera yang tinggal di kawasan pedalaman lebih-lebih lagi permasalahan mereka jarang didengari oleh pihak bertanggungjawab dalam membantu menjaga hak mereka.
            Adakah konsep pemilikan tanah adat dapat melindungi hak orang Penan ke atas tanah mereka di Long Wat akibat pembinaan empangan Long Murum?
Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kewujudan aktiviti pembinaan empangan hirdoelektrik Long Murum sehingga menganggu hak orang Penan keatas tanah mereka?
Apakah kesan-kesan daripada pencerobohan tanah milik penduduk orang Penan di Long Wat?

Objektif umum untuk kajian ini ialah untuk mengenal pasti keberkesanan konsep pemilikan tanah adat dalam membantu penduduk orang Penan di Long Murum bagi mengekalkan hak mereka. Mengikut pemahaman saya, keberkesanan konsep tersebut merupakan salah satu langkah menjaga kebajikan dan hak penduduk bumiputera, khususnya penduduk pedalaman yang merangkumi bilangan minoriti di Sarawak. Dalam pada itu, kajian ini juga bertujuan untuk memahami tujuan utama konsep pemilikan tanah adat yang dipraktikkan di Long Wat.
Manakala objektif khusus dalam kajian ini adalah;
1.                  Untuk mengenal pasti sejarah perkembangan pemilikan tanah kaum Penan.
2.                  Mengenal pasti faktor-faktor yang menjejaskan hak tanah milik penduduk Penan.

            Kajian yang saya jalankan adalah di kawasan pedalaman Long Wat, berhampiran dengan kawasan pembinaan projek empangan Long Murum. Namun skop yang saya pilih adalah di sebuah perkampungan orang Penan iaitu di Long Wat dimana perkampungan tersebut adalah paling berhampiran dengan kawasan projek pembinaan empangan Long Murum. Perkampungan terbabit merupakan kawasan yang memgalami beberapa kes yang berkaitan dengan pencerobohan tanah dan kemusnahan hutan di kawasan yang dimiliki oleh penduduk Penan di kawasan terbabit pada kebelakangan ini akibat daripada projek pembinaan empangan hidroelektrik. Selaras dengan objektif khusus yang kedua iaitu mengenal pasti faktor-faktor yang menjejaskan hak tanah milik penduduk Penan yang dipengaruhi oleh aktiviti pembangunan oleh pihak tertentu terhadap tanah milik mereka, kawasan terbabit berpotensi untuk dikaji sebagai kawasan kajian dalam menghasilkan kajian untuk penulisan ilmiah ini.

            Kumpulan sasaran yang saya kaji dan tumpukan dalam penulisan saya adalah penduduk Penan di sekitar perkampungan Long Wat. Namun demikian, kawasan kajian tersebut tidak meliputi semua kawasan di Long Murum tetapi fokus kawasan kajian adalah diberikan kepada kumpulan sasaran di sebuah perkampungan iaitu Long Wat dan rumah panjang disekitar kawasan yang turut terlibat sama.

            Penulisan ini dilakukan adalah untuk mengkaji perkembangan konsep pemilikan tanah adat yang berlaku di Long Murum pada masa kini. Kawasan Long Murum merupakan salah satu kawasan tumpuan aktiviti pembangunan yang sedang rancak dijalankan oleh pihak kerajaan dan swasta terutamanya dari segi pembangunan projek mega empangan Murum yang dijangka siap pada akhir ahun 2012. Selain itu, pembangunan lain seperti aktiviti perladangan dan pembalakan juga turut berlaku. Hal sedemikian berlaku akibat daripada punca sumber pembangunan wujud di kawasan Belaga yang kaya dengan alam semula jadi seperti arus deras sungai bagi menjanakan tenaga elektrik, kawasan tanah yang luas dan hasil alam semula jadi menjadi faktor kepada aktiviti pembangunan dijalankan sehingga dapat menganggu gugat hak penduduk minoriti ini ke atas tanah hak milik penduduk Penan. Kawasan Long Murum juga merupakan salah satu kawasan yang berpotensi besar bagi syarikat-syarikat besar untuk membuka kawasan perladangan mereka jika dilihat dari segi kedudukan geografi kawasan terbabit dimana kawasan tersebut mempunyai kawasan yang berbukit-bukau. Tambahan lagi, kawasan tersebut juga mempunyai banyak khazanah alam seperti kayu balak, pohon-pohon buah dan batu karang yang masih banyak di kawasan terbabit telah menarik minat pengusaha-pengusaha ladang untuk membuka ladang dikawasan terbabit. Namun demikian, kealpaan penduduk kampung yang kurang memahami tentang selok-belok mengenai hak milikan tanah yang mereka miliki sebelum ini telah menyebabkan segelintir daripada penduduk di situ dieksploitasi oleh pihak-pihak tertentu yang ingin mengambil tanah mereka untuk kepentingan pihak terbabit. Bukan setakat penduduk Penan di Long Murum ini sahaja yang mengalami masalah tersebut, malahan kawasan perkampungan yang lain juga turut mengalami nasib yang sama. Maka dengan itu, penulisan ini akan mengkaji perkembangan konsep pemilikan tanah adat dalam membantu penduduk di kawasan terbabit menangani masalah tersebut.

            Kaedah yang digunakan dalam penulisan ini adalah menggunakan kaedah penyelidikan secara kualitatif. Semua maklumat yang saya kumpul dalam penulisan ilmiah ini adalah bersesuaian dengan tajuk saya.

            Bagi memperolehi maklumat penduduk terhadap konsep prmilikan tanah adat di Long Wat, saya akan menemubual salah seorang ketua kaum atau ketua kampung dan penduduk-penduduk kampung yang mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam menceritakan sejarah perkembangan kawasan tanah milik nenek moyang mereka.

            Kaedah persampelan yang akan digunakan untuk penulisan ini adalah Non probability sampling. Sampel yang saya gunakan adalah Purposive sampling. Borang soal selidik dihadkan kepada golongan sasaran sahaja, iaitu golongan yang berpengaruh dan mempunyai pengetahuan meluas terhadap persoalan kajian. Hal sedemikian adalah bagi memudahkan saya dalam membuat penulisan dan mendapatkan maklumat.
            Di samping itu, saya juga menjalankan kajian ini berbentuk explanatory  iaitu untuk menjawab persoalan seperti mengenai perkembangan konsep pemilikan tanah adat di Long Murum serta sebab mengapa berlakunya dan kesan-kesan sama ada positif mahupun negatif daripada konsep tersebut kerana setiap penduduk perkampungan tersebut mempunyai pandangan yang berbeza terhadap topik tersebut. Kaedah explanatory juga digunakan untuk mengkaji faktor yang menyebabkan pandangan tersebut wujud dikalangan penduduk di Long Wat terhadap konsep pemilikan tanah adat di Long Murum.
            Data sekunder yang diperolehi adalah dari buku-buku seperti buku-buku dari Pusat Khidmat Maklumat dan Akademik (PKMA) di UNIMAS, Pustaka Negeri Sarawak dan maklumat-maklumat lain yang diberikan oleh Penyelia saya sebagai bahan rujukan untuk penulisan ini. Sebagai contoh, Legal Perspectives On Native Customary Land Rights in Sarawak yang ditulis oleh Ramy Bulan & Amy Locklear, Selain itu, saya juga mendapatkan data-data dan maklumat dari internet seperti jurnal-jurnal dan juga artikel yang digunakan dalam penulisan ini. Data-data dan maklumat mengenai latar belakang penduduk kampung Penan dan punca wujud permasalahan tanah oleh penduduk di Long Wat juga diperolehi daripada Ketua Kampug iaitu Encik Pinang Bo, Penghulu iaitu En Pao, dan Pegawai di Pejabat Daerah Long Murum iaitu En Awi Abang, serta penduduk-penduduk kampung di Long Wat dan kawasan-kawasan yang berhampiran dengan kawasan empangan Murum.
            Kajian ini penting bagi mengkaji tujuan dan peranan konsep pemilikan tanah adat di Long Wat yang berhadapan dengan aktiviti pembangunan di kawasan pembangunan empangan hidroelektrik Long Murum  yang mempengaruhi pemilikan hak tanah mereka serta mengkaji perkembangan bentuk pembangunan lain di tanah milik mereka. Kawasan Long Wat, Belaga mengalami beberapa kes yang melibatkan pencerobohan tanah penduduk Penan semenjak kebelakangan ini. Sebagai contoh, pembinaan projek mega empangan hidroelektrik Bakun yang mempengaruhi hak tanah milik penduduk di Sungai Asap sebelum ini. Oleh yang demikian, hal tersebut tidak seharusnya berlaku ke atas penduduk di kawasan pedalaman yang memerlukan proses pembangunan yang sihat dan dapat menjaga kepentingan masing-masing.
            Disamping itu, kajian ini juga penting bagi mengkaji faktor-faktor berlakunya konflik dan pencerobohan tanah yang telah diduduki oleh penduduk Penan sejak sekian lama disamping mengenalpasti peranan yang dimainkan oleh konsep pemilikan tanah adat kepada penduduk Penan di kawasan tersebut sebagaimana konsep Tanah Adat Bumiputera yang berperanan melindungi hak penduduk bumiputera yang lain di Sabah dan Sarawak. Terdapat pelbagai faktor-faktor tersebut yang perlu dikenal pasti dalam mengenalpasti faktor-faktor berlakunya pencerobohan tanah di Long Wat melalui penulisan ilmiah ini.


            Teori yang saya gunakan dalam penulisan ini adalah Teori Pembangunan. Tujuan saya menggunakan teori tersebut untuk menerangkan lebih lanjut mengenai topik yang saya utarakan ini adalah berkait rapat dengan kes-kes yang berlaku di kawasan kajian saya lakukan.
            Penulisan ini menggunakan pendekatan Teori Pembangunan atau Modensasi menurut A.M. Peredo, R.B. Anderson, C.S. Galbraith & et al. (2004), menerusi Towards a theory of indigenous entrepreneurship menyatakan bahawa,
Modernisation theory has dominated much of the economic development paradigms and practice since the 1950s. A number of notions contribute to this theory. First, it sees development as a passing through various stages. It implies that in order to progress and develop, traditional societies have to move toward modernity. Secondly, monetary income and, therefore, economic growth are regarded as key elements in measuring the quality of life. Thirdly, humans are or should be motivated by self-interest and rational economic behavior”.
Hal ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa, elemen pendekatan modensasi dalam kajian ini wujud dimana, masyarakat luar bandar seperti di kawasan Long Wat didedahkan dengan perkembangan pembangunan seperti pembinaan empangan hidroelektrik Murum. Namun demikian, terdapat sedikit permasalahan daripada perkembangan pembangunan yang wujud dikawasan terbabit kerana pengambilan kayu balak dan pembersihan hutan yang dilakukan oleh kerajaan dan juga pihak syarikat-syarikat untuk mengaut keuntungan masing-masing. Pendekatan faktor pembangunan yang dicanang oleh pihak kerajaan dan syarikat-syarikat terbabit untuk menjadikan proses pembangunan berlaku di kawasan tersebut mereka telah mempergunakan faktor tersebut untuk mengambil hasil kekayaan milik orang kampung di Long Wat terutamanya kekayaan kayu balak yang dimiliki oleh mereka sejak turun-temurun.
            Selain itu juga, menurut Rahimah Abdul Aziz (1989: 31), teori yang dikemukakan oleh Rostow iaitu Teori Pembangunan, beliau melihat pembangunan melalui pendekatan difusionisme dimana, “pendekatan ini melihat pembangunan sebagai melibatkan yang berkemampuan memberi pertolongan (atau sebahagian daripadanya) kepada golongan yang tidak bernasib baik”. Melalui teori ini, dapat kita lihat bahawa, wujud bantuan yang dilakukan oleh sesetengah pihak dalam menangani kes pencerobohan tanah hak milik Bumiputera di kawasan kajian. Hal ini kerana, kekurangan pengetahuan yang mendalam dikalangan penduduk Penan mengenai selok-belok tentang hak mereka sebagai pewaris tanah daripada nenek moyang mereka, telah menyebabkan pihak yang lemah ini dieksploitasi oleh pihak kerajaan dan syarikat pemaju empangan Murum dan juga syarikat-syarikat pembalakan kayu balak mereka mahupun sesetengah pihak yang mempunyai pengaruh yang kuat dalam merancang dan mempengaruhi minda masyarakat terbabit. Manakala bagi pihak yang mengetahui tentang selok-belok dan berpengetahuan dalam menyelesaikan masalah mereka, tidak mahu membantu, melainkan menerima upahan. Pihak yang sedemikian hanya akan membantu apabila diberi upah. Golongan ini juga merupakan golongan yang sangat berpengaruh dalam memutar belitkan kefahaman penduduk Penan disitu. Maka, pendekatan difusionisme ini bukan sekadar membabitkan dengan pemberian pertolongan kepada golongan yang tidak bernasib baik, tetapi lebih memberi masalah kepada golongan yang tidak bernasib baik.




            Dalam penulisan ilmiah ini, ulasan atau sorotan literatur memainkan peranan yang penting untuk memberikan gambaran yang sebenar terhadap topik yang dikaji. Hal ini kerana, ianya menggunakan pendekatan daripada kajian-kajian yang sebelum ini, khususnya kajian yang membabitkan dengan permasalahan kepada pencerobohan tanah yang dimiliki oleh masyarakat bumiputera secara tidak langsung menjejaskan peranan utama konsep Tanah Hak Adat Bumiputera di kawasan kajian seperti di empangan Murum, khususnya di kawasan perkampungan Long Wat, Belaga yang terdedah dengan kawasan pembangunan.
            Masyarakat Dayak khususnya masyarakat Penan di Sarawak mengalami perubahan dalam aktiviti pembangunan yang agak drastik. Pembangunan sedemikian adalah merujuk kepada pembangunan luar bandar yang merupakan salah satu langkah yang diambil oleh pihak kerajaan dalam mencapai pertumbuhan yang positif apabila pembangunan yang dirancang dan dibawa oleh pihak kerajaan membawa perubahan yang positif kepada penduduk. Menurut Maimunah Ismail (1990: 16) didalam buku bertajuk Pengembangan: Implikasi ke atas Pembangunan Masyarakat Edisi Kedua menyatakan mengenai konsep pembangunan luar bandar adalah seperti;
“… satu strategi untuk memperbaiki taraf hidup masyarakat daripada segi ekonomi dan sosial khususnya masyarakat miskin di luar bandar. Ia juga melibatkan proses menyediakan perkhidmatan kemudahan dan menyampaikan faedah-faedah pembangunan kepada penduduk luar bandar”.
Menurut konsep tersebut, dapat digambarkan bahawa pembangunan yang dijalankan oleh pihak kerajaan dalam memajukan sesuatu kawasan seharusnya memberi kesan yang positif kepada alam sekitar terutama sekali pihak penduduk yang bakal menerima kesan pembangunan tersebut.
Penduduk Penan di Sarawak pada masa kini sentiasa dibelenggu dengan masalah pemilikan hak tanah. Hal ini dapat dilihat dalam beberapa kes yang telah berlaku sehingga mengakibatkan golongan ini memberontak akibat ancaman kedudukan hak tanah mereka yang dilakukan oleh syarikat balak di kawasan Ulu Baram, Miri iaitu melibatkan empat kawasan iaitu: Long Ajeng, Long Sait, Long Sepigen, dan Long. Keempat-empat kawasan tersebut merupakan kawasan pembalakan yang dijalankan oleh salah sebuah syarikat di Miri iaitu Syarikat Samling Sdn. Bhd. Menurut Hilary Chiew (2007) menerusi Surat Bantahan (Disputed Papers) yang tersiar pada akhbar harian The Star Online pada 09 Januari 2007, menyatakan bahawa;
in their statement of claim, the Penans insisted on Native Customary Rights over the forest given to Samling. They claimed there had been no extinction of their rights according to the law, no provision for compensation and no compensation received. Logging activities by Samling, they further claimed, would adversely affect their lives and lifestyle”.
Keadaan sedemikian amat merisaukan kedudukan mereka dan juga kepentingan mereka dalam mengekalkan keaslian cara hidup mereka dan tempat tinggal mereka.
            Di samping itu, permasalahan yang wujud akibat daripada ketidaksefahaman dikalangan penduduk bumiputera dalam membuat sesuatu keputusan terhadap tindakan keatas tanah milik mereka telah menjadikan keadaan agak tegang dikalangan penduduk tersebut. Keadaan tersebut sedikit sebanyak memberi ruang kepada syarikat besar atau pihak luar untuk campurtangan dan mengambil kesempatan diatas konflik yang dialami pleh penduduk tersebut. Misalnya, sesuatu keputusan yang tidak dibawa ke meja rundingan telah menyebabkan berlakunya konflik diantara pihak majoriti penduduk dengan ketua dan individu berpengaruh seperti wakil rakyat. Keadaan tersebut telah berlaku di beberapa kawasan pedalaman di Sarawak yang dihimpit oleh aktiviti pembangunan yang dibawa oleh luar di kawasan mereka. Hal ini menurut Mohd Rafi Yaacob & Loong Wong (2007), dalam jurnal mereka yang bertajuk Stakeholders’ Activisms: Indigenous Peoples’ of Sarawak Resistance against the State Government and Corporations menyatakan bahawa;
landowners were pressured to comply with a decision made by community leaders and local politicians. Many were not adequately informed, did not understand the long term consequences of their participation in the project and their signing away of their Native Customary Lands (NCLs).Decisions reached did not comply with ‘randau’, a traditional practice amongst many indigenous groups in Sarawak, particularly amongst the Dayaks”.
Keadaan tersebut sedikit sebanyak akan menegangkan keadaan dikalangan banyak pihak yang mahu menentukan keputusan.
            Disamping itu, pihak bumiputera terutamanya pihak Dayak, mereka merasa wujud ketidakadilan dalam pembahagian hak keatas sesuatu perkara terutama sekali mengenai hak keatas tanah mereka. Sebagaimana yang diketahui bahawa kaum Dayak di Sarawak, mereka bergantung hidup sepenuhnya kepada hutan. Maka tidak hairanlah, terdapat sesetengah pihak iaitu kaum Dayak di Sarawak mereka membawa sesuatu kes mengenai hak pemilikan tanah adat kepada mahkamah. Hal ini secara tidak langsung mewujudkan suatu keadaan apabila perkara tersebut tidak dapat dibawa ke meja perbincangan. Menurut Mohd Rafi Yaacob & Loong Wong (2007), dalam jurnal mereka yang bertajuk Stakeholders’ Activisms: Indigenous Peoples’ of Sarawak Resistance against the State Government and Corporations menyatakan bahawa;
Indigenous peoples have also sought to bring infractions against their lands to court. There are no less than 50 similar cases brought against the government by native customary rights claimants”.
Keadaan sedemikian dapat dihindari sekiranya pihak kerajaan dan pihak pemaju memberikan kerjasama yang sebaiknya kepada pihak penduduk. Hal sedemikian sedikit sebanyak mampu menjejaskan perhubungan diantara komuniti dengan pihak pemerintah. Pada masa yang sama juga, pihak pemerintah seharusnya mengambil berat terhadap perkara tersebut dan tidak membelakangi hak penduduk bumiputera khususnya.
Selain itu, perkembangan lain hak pemilikan tanah bagi penduduk Dayak di Sarawak terutamanya, mengalami perubahan akibat daripada perubahan bentuk polisi yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan terhadap isu pemilikan tanah. Tambahan lagi, reaksi yang dilemparkan oleh pihak penduduk terhadap isu berkaitan adalah agak sensitif bagi mereka. Hal ini boleh dibuktikan melalui kenyataan yang dinyatakan oleh Centre on Housing Rights and Evictions (2002) yang melakukan kajian keatas beberapa isu yang berkaitan dengan permasalahan yang dihadapi oleh penduduk bumiputera mengenai hak mereka melalui kajian yang bertajuk Forced Evictions: Violations of Human Rights – Global Survey menyatakan bahawa;
Indigenous communities, in response to the lack of government action to recognise traditional land rights, had already conducted many of these exercises the legislation outlaws. There are fears that this legislation will further impinge on the ability of indigenous groups to protect their custodial lands’.
Bagi masyarakat Penan, mereka sangat bergantung kepada tanah dan hutan untuk terus hidup. Maka, hak masyarakat Penan dalam menentukan hak keatas tanah adalah perlu diutamakan dan juga perlu termaktub dalam perlembagaan.
Hasil daripada pengambilan tanah dan pembersihan hutan disekitar kawasan pembinaan empangan juga secara tidak langsung memberikan kesan kepada kehidupan penduduk dari segi penempatan. Hal ini adalah merujuk kepada pemindahan penduduk ke kawasan baru bagi menjaga keselamatan penduduk daripada kawasan pembinaan maka langkah pemindahan perlu dilakukan. Hal ini telah menyebabkan penduduk terpaksa meninggalkan kehidupan yang lama iaitu dari segi budaya, aktiviti ekonomi yang sebelum ini dijalankan dan juga hutan. Hal ini dapat dibuktikan daripada kajian yang sebelum ini dijalankan oleh Centre on Housing Rights and Evictions (2002) menyatakan bahawa;
A majority of the people are against the dam, which has destroyed ancient and religious sites important to the tribes. By September 1999, the natives from the Kayan, Kenyah, Lahanan, Ukit and Penan ethnic groups from fifteen longhouses were uprooted from their homes to Sungai Asap, about 30km from the dam site. Resettlement towns have also destroyed the indigenous people’s way of life, causing many people to now work in the cash economy, forcing families apart, as sons and husbands leave home to find work in the small towns and palm oil plantations’.
Menerusi kajian yang telah dilakukan oleh Centre on Housing Rights and Evictions (2002) tersebut, dapat diperlihatkan bahawa kemusnahan hutan dan perpindahan penduduk ke kawasan baru, juga secara tidak langsung memberikan kesan kepada kebudayaan dan ekonomi penduduk. Hal sedemikian tidak seharusnya berlaku, kerana budaya merupakan kehidupan seharian bagi masyarakat bumiputera khususnya bagi penduduk Penan yang tinggal di kawasan pedalaman.
Terdapat juga kes yang melibatkan pemilikan tanah yang agak kritikal sebagaimana yang pernah berlaku di beberapa buah kawasan di Sarawak yang melibatkan penduduk Dayak. Menurut Centre on Housing Rights and Evictions (2002), menerusi kajian yang mereka lakukan mengenai Forced Evictions: Violations of Human Rights menyatakan bahawa;
Two groups of nomadic Penans in the Ulu Limbang, Limbang District and Ulu Mogoh, Tutoh, Baram District in July 2000 made strong appeals to the Government to end logging practices that were destroying the traditional lives of the forest inhabitants, forcing them away from their traditional villages.
Menurut Davis S. H. & Wali A. (1994) melalui artikel mereka iaitu mengenai Indigenous Land Tenure and Tropical Forest Management in Latin America, menyatakan bahawa;
The research has shown the close link between the cultural conception and social institutions of lowland forest dwellers and their land-use practices. We refer here not to a reductionist relationship between belief systems and subsistence activities, but rather to persistent patterns of belief and behavior in which conceptions of space, taboos on diet and hunting and cultivation, and the relationship between the natural and supernatural world would regulate the use of land. These patterns are evident across the whale span of cultural variation in the region’.
Keadaan ini menunjukkan bahawa masyarakat bumiputera terutama penduduk Dayak yang menghuni kawasan pedalaman, kehidupan mereka adalah sangat rapat dengan hutan dan tanah. Tambahan lagi, mereka mempunyai banyak kepercayaan didalam hutan khususnya. Bagi masyarakat Penan, bagi mereka, setiap hutan memainkan ciri masing-masing dalam kehidupan mereka.
Hak pemilikan terhadap hak tanah  adat bagi masyarakat bumiputera di Sarawak khususnya bagi masyarakat Dayak, turut terkandung dalam perlembagaan sebagaimana yang termaktub dalam konsep Tanah Adat Bumiputera (NCR). Hal ini adalah merujuk kepada bentuk hak yang ada didalam perlembagaan tersebut khusus kepada hak terhadap tanah bagi penduduk bumiputera di Sarawak. Keadaan ini dapat membuktikan bahawa penduduk Dayak di Sarawak mempunyai hak atau kuasa keatas tanah mereka, sebagaimana yang pernah berlaku di salah sebuah kawasan di Sarawak iaitu kes yang berkaitan dengan kes pencerobohan tanah di Bintulu Nor ak Nyawai vs Superintendent of Lands & Surveys, Bintulu. Hal ini dapat dibuktikan oleh Bulan R. & Locklear (2008) dalam laporan yang menyebut;
Fishing rights of the natives were clearly recognised by the Brooke government. Hunting in the jungle was also acknowledged as a customary right of the Dayak. The right to collect jungle produce was also preserved by early orders of the Rajah. References were also made to other legislation, including the Native Courts Ordinance of 1955 and its successor in 1992. The High Court concluded that the ‘preexisting rights’ had not been extinguished by the legislation’.
Menurut Plant R. & Hvalkof S. (2001) menerusi kajian yang mereka lakukan yang bertajuk Land Titling and Indigenous Peoples membincangkan mengenai tanah yang dimiliki oleh penduduk bumiputera;
There are three main conceptual premises behind current approaches to indigenous lands. One is the protective approach, which insists that indigenous peoples need special protection from outside elements and market forces. Another is the rights based approach, which insists that indigenous peoples have special rights to land and resources within the parameters of a multicultural and multiethnic state. A third is the environmentally or ecologically determined approach, which argues that indigenous peoples have the greatest capacity to manage natural resources in ecologically fragile areas”.
Ketiga-tiga pendekatan tersebut menunjukkan bahawa, penduduk bumiputera yang tinggal disesebuah kawasan terutama sekali kawasan pedalaman, mereka mempunyai hak dan kuasa penentu terhadap tanah dan hutan yang setelah lama mereka duduki. Tambahan lagi, mereka cuma membawa pengekalan terhadap kesimbangan alam sekitar. Ianya juga, bagi memelihara hutan dan ekosistem didalamnya, agar tidak menjejaskan budaya dan juga sumber ekonomi penduduk.
            Secara umumnya, data-data yang diperolehi untuk menjalankan kajian penulisan ini terdiri daripada dua (2) bentuk data iaitu; data sekunder dan data primer. Setiap bentuk data yang dikumpul memainkan peranan masing-masing dalam memperolehi keputusan analisis.
            Salah satu reka bentuk penulisan ilmiah ini adalah melalui kutipan daripada data sekunder. Data sekunder merupakan data yang telah tersedia ada dan sering dijadikan bahan rujukan dan menjadi pemahaman kepada pengkaji. Dalam kajian ini, data sekunder yang diperolehi adalah daripada buku-buku dan data serta maklumat tambahan diperolehi daripada Pusat Khidmat Maklumat Akademik (PKMA) di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan juga Pustaka Negeri Sarawak yang banyak membantu dalam mendapatkan maklumat mengenai penduduk Penan, isu-isu berbangkit mengenai hak tanah dikalangan kaum bumiputera di Sarawak, contoh-contoh thesis dan juga beberapa malumat lain yang boleh digunakan sebagai bahan rujukan dan juga bagi menyokong keterangan mengenai topic yang dibincangkan dalam penulisan ini. Salah satu contoh maklumat yang diperolehi daripada buku-buku yang digunakan adalah seperti The Sociology of Development Edisi Pertama yang ditulis oleh Rahimah Abdul Aziz (1989).  Selain itu, maklumat-maklumat dan data-data yang diperolehi dan dibincangkan didalam penulisan ini kebanyakannya diperolehi daripada internet terutamanya sudut yang membincangkan mengenai kes-kes yang timbul daripada permasalahan pemilikan hak tanah penduduk asal seperti kaum Penan di Sarawak. Salah satu contoh kes-kes yang dijadikan panduan dalam kajian ini yang membabitkan isu pemilikan tanah adalah seperti jurnal yang bertajuk Land is Life: Land Rights and Oil Palm Development in Sarawak yang ditulis oleh Colchester M., Pang W.A., Chuo W.M., & Jalong T. (2007). Jurnal yang diperolehi ini adalah bertujuan untuk menambah pengetahuan pengkaji mengenai topik yang dikaji. Kebanyakan maklumat yang diperolehi mengenai topik yang dikaji adalah diperolehi daripada internet kerana buku dan maklumat lain yang membincangkan mengenai topik ini tidak banyak diperolehi daripada PKMA UNIMAS. Namun demikian, maklumat-maklumat yang diperolehi daripada internet haruslah relevan dengan topik yang dikaji. Manakala data yang diperolehi mengenai topik kajian pula diperolehi daripada Ketua Kampung Long Wat, Belaga iaitu Encik Pinang Bo dan juga ketua kaum penduduk Long Wat yang berpindah ke Sungai Asap iaitu Encik Labang mengenai pemahaman dan pengetahuan mereka terhadap hak mereka keatas tanah adat penduduk Penan di Long Wat akibat pembangunan yang dijalankan di kawasan mereka. Segala maklumat dan data yang diperolehi daripada ketua kampung dan juga ketua kaum serta penduduk yang tinggal dikampung tersebut adalah sangat diperlukan dan bernilai dalam memberi gambaran dan tindakan terhadap objektif yang ingin dicapai dalam kajian ini. Maka, kajian ini perlu dilakukan dengan menemu bual pihak terbabit bagi mendapat maklumat yang lebih jelas dan tidak hany bergantung sepenuhnya kepada maklumat yang diperolehi daripada buku-buku dan maklumat daripada internet sahaja.
            Bagi memperolehi data-data dan maklumat mengenai pemahaman penduduk di Long Murum khususnya di perkampungan penduduk Penan yang paling berhampiran dengan projek tersebut iaitu Long Wat terhadap hak pemilikan tanah adat penduduk Penan dan isu-isu yang berkaitan dengan kes pencerobohan tanah serta penebangan dan pembersihan hutan di kawasan mereka, saya akan menemubual responden yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang mendalam tentang asal usul penduduk Penan di Long Wat, latar belakang sejarah kampung tersebut serta permasalahan yang berkaitan dengan isu pemilikan hak pemilikan tanah adat yang berlaku keatas tanah serta kawasan mereka yang mengalami perubahan selepas bermula pembinaan empangan Murum. Responden yang saya pilih adalah dikalangan penduduk yang mempunyai masalah dengan kes pencerobohan tanah dan pembersihan kawasan hutan yang melibatkan hampir majoriti penduduk Penan di Long Wat yang mengalami masalah yang sama iaitu pemilikan tanah adat milik mereka. Disamping itu, ciri-ciri responden yang boleh diambil maklumat adalah berdasarkan keturunan dan asal mereka. Hal ini bertujuan bagi memudahkan saya mengetahui asal usul responden. Tambahan lagi, menerusi maklumat sedemikian, sedikt sebanyak gambaran awal mengenai pemilikan hak tanah adat mereka dapat dijelaskan terutama sekali mengenai tanah adat mereka yang telah diambil oleh pihak pemaju untuk pembinaan empangan Murum dan juga disekitar kawasan tersebut yang melibatkan kawasan pembalakan hutan. Kebanyakan maklumat yang diperolehi adalah melalui penduduk kampung Long Wat dan juga segelintir penduduk yang telah dipindahkan ke Sg. Asap iaitu penduduk Penan yang tinggal di bekas ‘reban ayam’. Bukan itu saja, saya juga turut memperolehi maklumat daripada penduduk kaum lain di Sg. Asap bagi mendapatkan pandangan mereka mengenai permasalahan tersebut. Hal ini kerana, melalui pandangan mereka, saya juga dapat melihat bentuk perbezaan permasalahan yang telah menimpa penduduk Sg. Asap yang telah dipindahkan akibat pembinaan empangan Bakun. Tambahan lagi, terdapat beberapa penduduk Kenyah di Sg Asap, mereka bekerja di sekitar kawasan pembinaan empangan Murum, maka maklumat yang saya perolehi daripada mereka mengenai pembinaan empangan sedikit sebanyak dapat ditambah kedalam penulisan saya ini.
Kaedah persampelan yang akan digunakan untuk penulisan ini adalah Non probability sampling. Sampel yang saya gunakan adalah Purposive sampling. Borang soal selidik dihadkan kepada golongan sasaran sahaja, iaitu golongan yang mempunyai pengetahuan yang meluas mengenai perseoalan kajian yang saya kaji dalam penulisan ini.
Bentuk penulisan yang saya akan jalankan dalam penulisan ini adalah berbentuk explanatory iaitu menjawab dan mengemukakan permasalahan isu pemilikan hak tanah adat penduduk Penan di Long Wat hasil daripada pembinaan empangan Murum. Disamping itu juga, kaedah ini juga digunakan untuk mengenal pasti faktor-faktor berlakunya permasalah isu pemilikan hak tanah adat penduduk Penan dan mengetahui hak mereka keatas tanah dan hutan mereka di sekitar kawasan Long Murum. Sebagai contoh, dalam penulisan yang saya lakukan ini, andaian yang dibuat adalah pengetahuan penduduk Penan terhadap hak mereka sebagai penduduk bumiputera yang memiliki hak keatas tanah adat dan hutan mereka perlu diketahui oleh penduduk ini. Secara tidak langsung, ianya akan mewujudkan kesedaran mereka mengenai hak mereka dan juga mampu untuk menuntut hak mereka daripada dieksploitasi oleh pihak luar yang tidak bertanggungjawab.
Selain itu, saya juga menjalankan kajian ini berbentuk explanatory  iaitu bagi menjawab persoalan mengenai hak pemilikan tanah adat penduduk Penan di Long Wat serta penyebab berlakunya isu tersebut wujud dan kesan-kesan lain daripada isu sedemikian dikalangan mereka. Sama ada kesan tersebut membawa kepada kesan positif mahupun negatif kerana setiap penduduk kampung khususnya penduduk Penan yang majoritinya tidak pendidikan yang sempurna memiliki pandangan yang berbeza terhadap topik tersebut.
Manakala dari segi temubual yang saya jalankan adalah dengan menggunakan soalan berstruktur. Ianya membantu saya bagi mengetahui serta memahami persoalan yang membincangkan tentang isu-isu pemilikan hak tanah adat penduduk Penan iaitu termasuk faktor-faktor berlakunya isu-isu pembersihan dan pembalakan hutan di kawasan mereka akibat pembinaan empangan Murum dan juga konsep yang diguna pakai oleh penduduk Penan yang memiliki konsep tersendiri.
            Kaedah pemerhatian ini dilakukan sepanjang kajian ini dilakukakan di kawasan Long Wat. Tambahan lagi, semasa kajian saya menetap di kawasan Sg. Asap dan menemubual segelintir penduduk Long Wat yang telah berpindah ke Sg Asap. Maka, pemerhatian yang saya jalankan adalah untuk melihat kehidupan penduduk disitu selepas dipindahkan dan mengetahui permasalahan lain selepas dipindahkan. Pada masa yang sama, saya juga turut melakukan pemerhatian terhadap pembinaan empangan Long Murum yang terletak tidak jauha daripada kawasan penempatan penduduk Long Wat. Dari situ, saya dapat melihat keluasan kemusnahan hutan dan pengambilan kawasan tanah milik penduduk Long Wat yang dimusnahkan oleh pihak pemaju untuk membina empangan. Menurut ketua kaum penduduk Penan di Long Wat yang telah dipindahkan ke Sg Asap menyatakan bahawa pembinaan empangan telah dijalankan lebih awal daripada ‘kerja’ lain (penilaian kesan alam sekitar) dan tidak memaklumkan kepada mereka terlebih dahulu pembinaan tersebut dijalankan dikawasan mereka.
            Dalam kajian ini, saya memberi perhatian kepada dua (2) buah kawasan sahaja dalam penulisan ini iaitu kawasan Long Wat dan Sg Asap (reban ayam) yang terletak didalam kawasan Belaga. Hal ini kerana, kedua-dua perkampungan tersebut merupakan penduduk yang terjejas akibat pembinaan empangan Murum. Penduduk di perkampungan Long Wat diketuai oleh Encik Pinang Bo manakala rumah penduduk Long Wat di Sg. Asap iaitu di rumah bekas ‘reban ayam’ diketuai oleh Encik Labang. Penduduk dikedua-dua kawasan terbabit merupakan penduduk asal kawasan Long Murum yang terletak dalam kawasan perkampungan mereka. Maka, tidak hairanlah maklumat mengenai sejarah dan kes yang akan dikaji mudah untuk diketahui.
            Dalam kajian ini, saya akan menjalankan pemerhatian terlebih dahulu dan meninjau keadaan disekitar kawasan kediaman penduduk Long Wat dan juga penduduk Penan yang ada di Sg Asap. Melalui pemerhatian ini juga, saya akan dapat mengenal pasti dan mengetahui faktor-faktor yang menyebabkan pembersihan hutan dan pengambilan tanah milik penduduk akibat pembinaan kawasan empangan Murum sehingga menjejaskan hak penduduk keatas tanah mereka. Pada masa yang sama juga, saya dapat memperoleh sedikit maklumat hasil daripada aktiviti pembalakan yang giat dijalankan di kawasan pedalaman di Long Wat.
            Disamping itu, saya juga turut menjalankan temu bual dengan responden yang mewakili penduduk di Long Wat terutama sekali ketua kaum. Temu bual yang saya jalankan ini, adalah merangkumi penduduk yang mempunyai pengetahuan dan tahu menceritakan tentang permasalahan mereka tentang isu-isu pengambilan tanah dan pembersihan kawasan hutan yang telah sekian lama diwarisi oleh nenek moyang mereka. Soalan temu bual yang dikemukakan adalah berdasarkan dengan borang soal selidik yang telah dibuat.
            Disamping itu, saya juga mengambil kira isu metodologi berkaitan dengan kaedah pengumpulan data dalam penulisan ilmiah ini seperti kesahihan dan sah dalam usaha untuk mendapatkan maklumat ini. Saya telah menguji soalan-soalan yang dikemukakan terlebih dahulu untuk memastikan bahawa kajian yang saya jalankan adalah bersesuaiannya dengan topik dan objektif kajian yang saya lakukan dalam penulisan ilmiah ini.
            Penulisan yang saya lakukan ini telah bermula pada bulan Januari iaitu pada 11 Januari 2010 manakala tarikh kajian yang dijalankan di kawasan lapangan adalah pada 10 Mac 2010. Tambahan lagi, pada tarikh tersebut merupakan tarikh yang sesuai dijalankan kajian ini. Hal ini kerana, pada tarikh tersebut, kebanyakan penduduk Penan masih bekerja dan kebetulan juga, kajian yang saya jalankan ini berkaitan dengan kajian kursus yang lain iaitu kajian mengenai penilaian kesan sosial di sekitar kawasan empangan Murum. Tarikh saya berangkat dari Kuching ke Sg Asap, Belaga (rumah penginapan sementara) adalah pada 9 Mac 2010. Manakala tarikh sebenar saya menjalankan pemerhatian adalah pada 10 Mac 2010 di sekitar kawasan rumah penempatan baru penduduk Penan yang dipindahkan dari Long Wat ke Sg Asap. Pada 11 Mac 2010 merupakan tarikh yang saya menjalankan kajian iaitu tarikh saya menemu bual responden yang telah saya sasarkan. Pada tarikh tersebut, kebanyakan penduduk Penan, mereka melakukan kerja-kerja diluar seperti bekebun dan menua padi iaitu bekerja dengan penduduk Kenyah dan Kayan di Sg Asap. Pada masa tersebut, saya mengambil kesempatan mengikuti penduduk Penan melakukan tugas menuai padi sambil menemu bual dan bertanyakan lebih lanjut situasi mereka di Long Wat dan juga di penempatan baru. Tujuan saya melakukan kajian sedemikian adalah bagi menyenangkan mereka memberikan maklumat secara spontan dan tidak mewujudkan suasana yang formal bagi mereka.
Disamping itu, saya yang diletakkan dibawah pengawasan penyelia Dr. John Phoa untuk penulisan ilmiah ini, saya mengambil masa selama lima hari untuk mendapatkan maklumat dan menjalankan sesi temubual bersama responden yang telah disasarkan. Sasaran responden temubual ini adalah mensasarkan ketua kampung Long Wat iaitu Encik Pinang Bo dan ketua kaum penduduk Penan Long Wat yang telah dipindahkan ke Sg Asap iaitu Encik Labang bagi mendapatkan maklumat mengenai kajian ini. Pada masa yang sama, saya juga menghadapi limitasi dan masalah terutama dari segi jarak daripada Sg Asap ke Long Wat. Jalan penghubung ke kawasan tersebut adalah sangat teruk kerana laluan tersebut digunakan oleh pihak syarikat membawa keluar balak yang ditebang. Maka, saya mengambil alternatif lain iaitu mengikut salah seorang pekerja di empangan Murum kebetulan beliau tinggal di Sg Asap. Sebelum saya menjalankan tugasan kajian ini, saya perlu mendapatkan kelulusan daripada Ketua Kampung Long Wat iaitu Encik Pinang Bo dan Encik Labang di Sg Asap untuk menemu bual penduduk kampung yang mengetahui topik yang dikaji bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan dapat menjawab persoalan yang telah dibuat.
            Temu bual yang pertama saya lakukan adalah bersama dengan pihak penduduk kampung Long Wat yang telah berpindah ke Sg Asap yang diketuai oleh Encik Labang. Beliau dan beberapa lagi orang kampung terutamanya responden yang telah berumur serta lebih mengetahui mengenai kes-kes pemilikan tanah dan asal usul penduduk Penan di Long Wat sebelum dipindahkan ke Sg Asap. Encik Labang telah mengumpulkan beberapa orang penduduk kampung diruang tamu mereka. Responden-responden adalah terdiri daripada wakil daripada setiap pintu atau keluarga di rumah tersebut terutama sekali pihak yang mendapat kesan pembinaan empangan Murum serta pengambilan tanah milik mereka. Aktiviti temu bual tersebut bermula pada 11 Mac 2010 pada jam 1.00 petang iaitu waktu mereka berehat selepas melakukan tugasan di kebun. Temu bual tersebut, saya ditemani oleh salah seorang penduduk Kenyah yang tinggal di Sungai Asap. Beliau membawa saya ke kawasan penempatan baru penduduk Long Wat yang dipindahkan ke Sungai Asap. Temu bual yang saya jalankan selama sejam lebih, adalah bagi mendengar asal usul penduduk Penan yang berasal dari Long Wat dan kaitan mereka terhadap isu-isu pembangunan empangan Murum. Selepas itu, Encik Labang menceritakan tentang isu-isu pencerobohan dan pembersihan tanah dan juga hutan di sekitar kawasan Long Murum. Mereka menceritakan tentang isu berkaitan pampasan tanah yang dijanjikan oleh pihak kerajaan kepada mereka. Temubual tersebut turut ditemani oleh beberapa orang rakan saya yang turut melakukan tugasan kajian yang membabitkan penilaian kesan sosial (SIA) iaitu kesan pembinaan empangan Murum kepada penduduk Long Wat. Tugasan kami dalam mendapatkan maklumat dan data mengenai isu yang berkaitan semakin mudah. Hal ini kerana, soalan yang diajukan oleh saya dan dua lagi rakan saya, mendapat perhatian dan responden memberikan reaksi yang positif ketika diajukan soalan. Pada masa yang sama, saya juga turut menyertai aktiviti yang turut dilakukan oleh penduduk Penan ketika itu iaitu memijak padi bertujuan mengasingkan tangkai padi dengan bijih padi. Selepas melakukan temu bual tersebut, saya dan dua orang rakan tadi, melakukan tinjauan keatas sekitar kawasan penempatan penduduk Penan di Sungai Asap iaitu rumah peninggalan reban ayam dan juga melihat tanaman yang ditanam oleh penduduk disekitar laman rumah panjang tersebut.
Aktiviti temu bual tersebut, diteruskan sehingga larut petang pada jam 5.00 petang iaitu menemu bual salah seorang kontraktor yang bekerja di sekitar kawasan pembinaan empangan Murum iaitu Encik Jackson, dan juga salah seorang pekerja yang berasal dari Long Wat yang berkerja dengan keluarga Kenyah yang berasal dari Sungai Asap sendiri iaitu di kediaman keluarga Encik Lawing. Encik  Jackson merupakan salah seorang penduduk Kenyah yang tinggal di Uma Bakah, Sungai Asap menceritakan serba sedikit tentang isu yang berkaitan dengan hak pemilikan tanah dan hutan sedikit sebanyak saya dapat mengumpul lebih banyak maklumat dan data yang diperlukan. Temu bual tersebut berakhir pada jam 7.00 petang.
 Hasil daripada temu bual saya dengan responden-responden tersebut memberikan kesan yang positif dalam kutipan maklumat. Mereka juga memberikan kerjasama yang baik dalam memberikan maklumat yang saya perlukan bagi penulisan ini. Hal ini adalah kerana, sebelum temu bual dimulakan, saya terlebih dahulu menerangkan kepada mereka secara terperinci mengenai tujuan temu bual tersebut dijalankan. Hal ini juga, bagi mengelakkan responden daripada merasa takut dan terancam serta tersalah faham kerana bagi mereka, sesuatu kajian yang dijalankan tidak memberikan faedah kepada mereka. Pada masa yang sama juga, saya menerangkan dengan lebih lanjut mengenai etika pengkaji dalam mendapatkan maklumat daripada responden khususnya responden yang mengalami kesan daripada isu yang dikaji. Saya juga akan memaklumkan kepada responden terutama sekali pihak atasan iaitu ketua kaum Long Wat mengenai setiap butiran maklumat yang diperolehi adalah dirahsiakan dan hanya kegunaan ilmiah sahaja. Hal ini bagi membolehkan responden memberikan kepercayaan mereka kepada pengkaji.


            Segala maklumat dan data yang dikumpul akan dianalisis. Manakala maklumat yang diperolehi iaitu melalui temu bual dengan responden akan direkodkan dengan bantuan pita suara dan juga rakaman pita video dengan menggunakan kamera digital dan juga video kamera telefon bimbit. Setiap maklumat yang dikumpul akan dianalisis dalam bentuk penulisan manakala maklumat yang direkodkan menggunakan kamera digital tersebut akan didengari serta dicatatkan setiap temu bual yang dibincangkan. Semua proses tersebut mengambil masa selama dua hari untuk mendengar dengan lebih teliti maklumat tersebut. Maka selepas itu, maklumat yang telah dicatatkan tersebut akan dicatat semula kedalam penulisan ini termasuk pemerhatian dan juga rekod tinjauan yang telah dilakukan sepanjang kajian dikawasan lapangan. Tambahan lagi, bentuk penulisan yang dijalankan dalam kajian ini adalah berbentuk kualitatif. Maka, maklumat yang diperolehi akan ditulis dalam bentuk penceritaan.
            Dari segi etika penulisan, ianya adalah perkara penting untuk kajian yang dibuat dalam sains sosial dan amat penting dalam menjalankan penulisan ilmiah ini. Hal ini kerana, ianya bertujuan untuk membolehkan penyelidik mengawal keadaan dan tidak melanggar menjaga kebebasan hak asasi responden yang ditemubual serta skema dalam mendapatkan maklumat. Disamping itu, ianya juga untuk merahsiakan segala maklumat yang disampaikan oleh responden  dirahsiakan agar kebebasan hak asasi responden dapat dijaga dan tidak didedahkan kepada masyarakat umum. Pada masa yang sama, terdapat beberapa etika yang saya amalkan dalam penulisan ini, adalah seperti berikut:
            Keutamaan bagi kajian ini adalah untuk menjaga segala maklumat peribadi responden dan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan penulisan ini. Ianya adalah salah satu etika dalam merahsiakan segala maklumat yang disampaikan oleh responden. Hal ini juga bertujuan agar maklumat yang disampaikan oleh responden tidak lari daripada objektif kajian dan dapat memberikan keyakinan kepada responden untuk memberikan kerjasama dalam memberikan maklumat yang diperlukan dalam kajian ini. Ianya juga bertujuan memberikan kesenangan dan jaminan kepada responden agar segala maklumat yang disampaikan oleh responden tidak lari daripada topik kajian yang dijalankan. Hal ini kerana, responden kebanyakannnya agak sukar memberikan maklumat secara terperinci sekiranya topik kajian yang dijalankan mampu menganggu-gugat keselamatan dan privasi responden terutama sekali membabitkan hal atau isu yang sensitif. Isu keselamatan merupakan perkara utama dalam kajian ini. Maka etika dalam menjaga kerahsiaan harus dititikberatkan dalam kajian bagi mengelakkan sebarang ancaman daripada pihak yang tidak bertanggungjawab kepada responden dan juga pihak penyelidik sendiri.
            Etika dalam memohon atau meminta kebenaran daripada responden terlebih dahulu merupakan salah satu etika dalam menjaga kesopanan dan adab kepada responden supaya mereka dihormati terutama sekali membabitkan isu yang sensitif dan juga privasi responden. Maka, saya akan menerangkan dengan lebih terperinci tujuan temu ramah dijalankan dan juga tujuan kajian ini dilakukan terhadap pihak penduduk. Hal ini bagi membolehkan pihak responden dapat memberikan gambaran awal tujuan saya melakukan temu ramah bagi mendapatkan maklumat daripada pihak penduduk kampung supaya mereka tidak tersalah erti mengenai temu ramah yang dijalankan. Melalui kajian ini, saya terlebih dahulu menemui ketua kaum penduduk Penan Long Wat iaitu En Pinang Bo dan Encik Labang mengenai kedatangan saya ke tempat mereka untuk menemu ramah mereka. Hal ini juga bertujuan untuk mendapatkan responden atau penduduk yang berkenaan iaitu penduduk yang dipilih sebagai responden sebagaimana responden yang dipilih untuk ditemu ramah yang mengetahui latar belakang kampung dan penduduk Penan di Long Wat serta meliputi kes-kes yang melibatkan isu hak pemilikan tanah adat akibat pembinaan empangan Murum yang berlaku di kawasan mereka. Responden yang dipilih seharusnya pihak yang rela tampil memberikan maklumat yang benar dan sanggup melibatkan diri dalam penulisan ini. Hal ini adalah bertujuan untuk memberikan keyakinan dan kesenangan kepada responden untuk memberikan maklumat kepada penyelidik bagi menjawab segala persoalan kajian ini.
Mengenai isu hak dan kebebasan responden dalam memberikan maklumat dan data-data kepada penyelidik merupakan isu utama dalam kajian ini. Hal ini kerana, keutamaan responden dalam memberikan maklumat dan data-data yang diperlukan adalah terletak pada responden itu sendiri. Mereka juga tidak boleh dipaksa dalam memberikan maklumat yang diperlukan. Jika hal tersebut berlaku, maka segala maklumat dan data-data yang disampaikan oleh pihak responden secara paksaan akan lari daripada matlamat kajian kerana responden tidak akan memberikan maklumat dengan betul. Tambahan lagi, penduduk yang menerima kesan daripada sesuatu isu itu, mengalami perasaan yang tidak senang dan trauma. Maka, bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku, etika dalam menjaga hak dan kebebasan responden juga diutamakan dalam kajian ini. Disamping itu, kerjasama dan kerelaan responden dalam memberikan maklumat adalah sangat diperlukan dan dihargai. Maka dengan itu, saya mengambil keputusan untuk memilih dan mensasarkan penduduk yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam menceritakan isu-isu yang berkaitan dengan topik adalah dialu-alukan. Saya juga memerlukan bantuan ketua kaum dalam memilih pihak yang sesuai untuk ditemu bual. Hal ini kerana, ketua kaum lebih mengetahui individu-individu yang sesuai untuk ditemu bual.

            Latar Belakang Long Wat, Belaga
            Penempatan penduduk Penan di Long Wat, Belaga khususnya di kawasan rumah ketua kampung Encik Pinang Bo dan juga bagi segelintir penduduk yang telah dipindahkan dari Long Wat ke Sungai Asap (reban ayam), mereka mempunyai latar belakang dan sejarah yang tersendiri. Namun demikian, sejarah penduduk Penan di Long Wat terancam akibat pembinaan empangan di Sungai Long Murum.
Menurut mereka, tanah adalah sumber rezeki kaum Penan. Sebelum tahun 1960-an dan 1970-an, mereka menempatkan diri sepanjang perairan seperti di Long Murum untuk kegunaan pengangkutan dan mendapatkan sumber makanan seperti ikan dan minuman. Sejarah nomad Penan berlanjutan beratusan tahun. Mereka hanya mempunyai bahasa, tetapi tiada tulisan.  Sejarah nomad diwarisi dari satu generasi ke satu generasi, malah nama tanah adalah nama mereka. Menurut salah seorang responden yang berumur 50 lebih tahun menceritakan tentang sejarah Penan menurut penceritaan datuk nenek beliau terdahulu... “Satu kaum yang berasal dari Penan Benalui di Selatan Sarawak (Kalimatan).  Mereka berpindah dari timur ke barat, bertapak di lebih daripada 10 tempat.  Tetapi saya Cuma ingat 8 tempat iaitu; Long Tikan, Sungai Julan, Paong, Lawen, Pawan, Keluan, Lio Busak dan Long Tela’a di Sungai Silat dan di tempat kami sekarang iaitu Long Wat dalam kawasan Long Murum”. Beliau menyebut dengan jelas nama tempat yang menjadi lambang sejarah perpindahan kaum Penan.
Bagi masyarakat Penan di kawasan Sungai Peleiran-Murum juga akan tidak terkecuali dari masalah-masalah dan impak-impak projek empangan sekiranya kerajaan masih mahu meneruskan pembinaan empangan Murum, terutama sekali masalah dalam menentukan hak keatas tanah adat mereka di Long Wat. Masalah penduduk Penan yang menjadi persoalan kepada mereka adalah tidak mendapat pembayaran pampasan yang sewajarnya atau pampasan tidak setimpal sepertimana telah dijanjikan oleh pihak kerajaan sebelum ini. Perpindahan tersebut juga akan menyusahkan orang tempatan terbabit yang akan berpindah dan kehilangan peninggalan sejarah tempat asal mereka buat selama lamanya. Sebagaimana yang telah berlaku kepada penduduk Kayan, Kenyah dan Penan (Uma’ Penan) sekarang. Biarpun pampasan yang dibayar oleh pihak kerajaan berpuluh ribu ringgit, sekarang tempat asal mereka tidak mudah digadaikan sebegitu sahaja.
Pada masa yang sama, saya juga turut mengambil kesempatan menemu bual salah seorang responden yang tahu bertutur dalam bahasa Iban yang turut ditemu ramah di kediaman penduduk Long Wat turut menceritakan mengenai kes pembinaan empangan Murum yang dibina tanpa meminta pandangan daripada pihak penduduk;
Lebuh Tekat Hidroelektrik Murum deka digaga, bala kami ke diau nguan menua nya nadai dipadah pasal pekara tu. Siku pan nadai meh bala kami menua nya ditanya penemu, ditanya runding. Mimit pan nadai meh kami kala ditanya pasal sentimen, penemu tauka pasal pengelantang enggau pengelikun pendiau”.
(Bahasa Melayu: Ketika Empangan Hidroelektrik Murum mahu dibina, pihak kami yang mendiami kawasan tersebut, tidak dimaklumkan tentang pembinaan tersebut. Tidak seorang pun dikalangan kami mengetahui mahupun ditanya pendapat tentang pembinaan tersebut. Sedikit pun tidak pihak kami diajukan soalan mengenai pandangan kami mahupun keselesaan serta keadaan kami tentang pembinaan empangan Murum yang mahu mereka jalankan sebelum ini).
Projek pembangunan dengan cara pembinaan empangan seperti empangan Murum adalah suatu pembangunan yang akan membawa berbagai-bagai masalah secara sosial, ekonomi, budaya dan rohani kepada masyarakat kami. Kami sedar bahawa mana-mana projek pembangunan empangan yang dibina di Sarawak telah dengan nyatanya gagal memperbaiki keadaan hidup masyarakat sasar dan apatah lagi menjamin masa depan mereka. Contohnya, penduduk-penduduk di skim penempatan semula Batang Ai dan juga Bakun Asap-Koyan sedang menghadapi banyak masalah, kesusahan dan kesempitan dalam kehidupan harian mereka yang sehingga kini masih belum dapat diselesai oleh pihak kerajaan. Kami juga menyaksi bahawa keadaan kehidupan masyarakat Penan Talun, Long Belangan di skim penempatan semula Bakun Asap-Koyan lebih teruk lagi dibanding dengan sebelumnya kerana mereka dipaksa pindah akibat pembinaan empangan hidroelektrik Bakun. Hal sedemikian agak merisaukan kepada penduduk Long Wat yang selebihnya bakal dipindahkan ke penempatan baru sebagaimana yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan yang memindahkan penduduk Kayan, Kenyah dan Penan dari Ulu Rajang ke penempatan baru Sungai Asap.
Menurut Encik Labang mengenai syarat terhadap pemindahan penduduk dari Long Wat iaitu di kawasan Sungai Peleiran-Murum ke Sungai Asap, mereka agak tidak berpuas hati dengan perancangan kerjaan tersebut. Menurut beliau lagi, “kami juga merasakan perkara yang sama seperti penduduk di Sungai Asap sendiri... masalah-masalah dan kesan projek empangan sekiranya kerajaan masih hendak meneruskan pembinaan empangan Murum. Maka dengan ini kami sebulat suara menyeru agar pembinaan empangan Murum dibatal dan dihenti serta-merta”.
Seterusnya, mereka juga menyarankan agar kerajaan mengambil prihatin mengenai masalah mereka sebagaimana yang mereka nyatakan dibawah:
1) Menyeru kerajaan menghentikan semua program dan rancangan pembangunan yang bertujuan memaksa masyarakat kami berpindah dan ditempatkan semula jauh dari kawasan tanah adat kami;
2) Meminta kerajaan menamatkan kerja-kerja dan rancangan pembinaan projek empangan Murum kerana impaknya akan menyebabkan berbagai-bagai masalah ke atas kehidupan kami; dan,
3) Menamatkan skim-skim pembangunan dan projek berskala besar yang mengancam dan menjejas hak, kehidupan, tanah adat dan hutan serta kesinambungan alam sekitar kami”.
            Tambahan mereka (responden) lagi, mereka mengharapkan projek (pembangunan) yang seimbang dengan budaya dan hutan mereka. Mereka juga menginginkan pembangunan seperti sekolah dan kemudahan klinik di Long Wat (sekitar kawasan Long Murum) untuk kemudahan anak-anak mereka khususnya. Menurut Encik Labang lagi, “... kami mahu suatu pembangunan yang seimbang berasaskan jaminan sara diri yang cukup dan kesejahteraan hidup; hak-hak adat ke atas tanah dan hutan dihormati kami; dan sebuah projek sosial dan ekonomi yang lengkap yang sesuai serta mengikut cara dan kebudayaan kami”.
Kami selalu menyokong program pembangunan kerajaan seperti bina sekolah, klinik, pasar... tetapi bukan dalam bentuk projek begini. Kerja di situ pun kami tidak. Pembangunan begini hanya memusnahkan hutan dan budaya kami. Kubur nenek moyang kami, masih kekal di dalam hutan. Jika pembalakan dijalankan bagi membersihkan kawasan hutan untuk bina empangan... habislah kubur nenek moyang kami itu... begitu juga dengan makanan kami dalam hutan. Sebab itu kami tidak mahu tanah dan hutan kami menggunakan NCR. Kerajaan boleh ambil suka hati. Jika kami tinggal dibandar (kawasan pekan), kami kena guna duit beli barang makan. Tapi, kam di Long Wat sana, kami tidak perlu guna duit untuk beli. Kami ada sungai, ada hutan.. boleh cari makan. Kawasan baru kami, tidak punya apa-apa. Jika tidak bekuli (buruh kasar), kami tidak ada duit. Kena ada duit, baru boleh hidup di sini (Sungai Asap). Kami pindah sini pun, mahu tengok anak kami pandai sekolah. Sekolah di primary.. secondary Bakun ada dekat sini. Klinik pun dekat. Jika di Long Wat (kawasan sekitar Long Murum) ada sekolah dan klinik, mungkin lambat sikit mahu pindah sini. Tapi, kerajaan bagi bina empangan. Anak-anak kami tidak dapat sekolah bagus kalau begini”. Tambah beliau lagi, “Kami masyarakat Penan juga mahu mencapai kemajuan sepertimana masyarakat lain di Malaysia, khasnya Sarawak. Selama ini, kami sentiasa memohon kepada kerajaan untuk memberi projek pembangunan seperti sekolah, klinik perubatan, paip air bersih, pertanian dan sebagainya. Kami tidak pernah memohon pembangunan projek empangan hidro-elektrik seperti empangan Murum”.
Menurut salah seorang responden yang saya ajukan soalan berbentuk begini; Sekiranya anda diberikan oleh pihak kerajaan tanah luas dan berpindah ke kawasan tersebut, mahukah pihak anda berbuat demikian?
"Jika pun kamu beri kami tanah baru yang lebih besar, tapi apa gunanya?  Di situ tak ada pokok, tak ada buah, semuanya baru.  Kami terpaksa mulakan kehidupan yang baru.  Kami akan mati kelaparan sebelum tanaman kami berbuah!".
Mereka juga berasa takut jika keadaan ini berlaku nanti (pemindahan penempatan semua penduduk di Long Wat ke Sungai Asap) iaitu masalah sosial seperti perselisihan keluarga, dengki dan membenci, tipu menipu diantara individu dan keluarga yang membawa kepada perpecahan keluarga dan mementingkan diri individualistik kerana masalah pembahagian, perkongsian pampasan rumah dan tanah adat diantara mereka yang layak dan tak layak kerana semua mereka yang terbabit secara langsung dan tak langsung akan menjadi mangsa keadaan Projek Pembangunan Janakuasa Hidroelektrik Murum tersebut yang menguntungkan sesetengah sebagaimana yang telah berlaku di Sungai Asap iaitu penempatan semula penduduk yang dipindahkan akibat pembinaan empangan Janakuasa Hidroelektrik Bakun,Belaga dan empangan Janakuasa Hidroelektrik Batang Ai di Lubuk Antu.
Pada temu bual yang terakhir saya jalankan dengan responden-responden tersebut, Encik Labang menyuarakan perasaan terharu beliau terhadap tindakan pihak kerajaan yang membelakangi hak mereka sebagai penduduk bumiputera. Beliau menyatakan bahawa;
"Apa-apa pun sebelum dilaksanakan (pembinaan dan keputusan) perlu direstui rakyat. Kaum asli yang mempunyai tanah hak adat bumiputera berhak untuk menolak penggunaan tanah oleh kerajaan untuk pembinaan empangan. Apa yang kami mahu bukanlah banyak, kami hanya mahu hak kami dipandang berat (kerajaan), mengiktiraf apa yang dimiliki kami seperti tanah dan hutan.  Jangan musnahkan segala-galanya”.
Menurut Encik Jack lagi, beliau yang sentiasa mengikuti perkembangan pembinaan empangan Murum sedikit sebanyak berkongsi bersama mengenai maklumat dalaman pembinaan empangan iaitu;
"Menurut laporan Kajian Impak Alam Sekitar, projek empangan Murum diketengahkan sejak tahun 1985. Tetapi, semua beroperasi dalam ‘kegelapan’... sehinggalah diumumkan pada tahun 2007 kepada khalayak. Rakyat tidak tahu perkara tersebut. Apatah lagi penduduk di ketujuh-tujuh buah kampung tersebut, mereka tidak mengetahui tentang laporan tersebut. Mungkin.. orang atasan sahaja yang tahu iaitu ketua masyarakat dan penghulu mereka. Tapi tidak memaklumkan kepada penduduk sendiri. Mungkin sudah ‘cukup’ (habuan) diberikan oleh pihak tertentu untuk tidak memberikan sebarang pandangan dan maklumat. Kami banyak yang tahu hal tersebut. Tapi, susah juga, sebab kami bekerja dengan pihak terbabit. Maka, kami tidak ada hak untuk mencampuri urusan sedemikian”. Tambah Encik Jack lagi, “sebagaimana kamu ketahui, bahawa empangan Murum ini telah diamanahkan oleh pihak kerajaan kepada sebuah syarikat iaitu China Three Gorges Project Corporation yang turut terlibat dalam pembinaan empangan Baram tidak lama lagi”.
            Faktor pembersihan tanah dan hutan milik penduduk Penan di Long Wat adalah diakibatkan oleh pembinaan empangan Murum. Pembinaan tersebut memerlukan saiz kawasan yang agak luas untuk dibina. Keadaan sedemikian secara tidak langsung, menyebabkan terdapat beberapa buah pulau hutan terpaksa dibersihkan dan pokok-pokok serta bukit-bukau terpaksa ditebang dan dipecahkan agar kawasan tersebut dapat dilapangkan. Isu-isu sebegini berlaku dikebanyakan kawasan penduduk bumiputera di Sarawak khususnya dikawasan pedalaman. Menurut Encik Labang, isu mengenai hak pemilikan tanah adat bumiputera ini merupakan isu yang sensitif. Menurut Encik Labang lagi, “banyak tanaman yang sempat kami tanam sebelum ini, adalah sia-sia. Kerana kami terpaksa berpindah. Maka, kami seperti zaman nenek moyang kami 50 tahun yang lepas.. hidup berpindah randah. Kami punya hutan, kenapa tidak boleh lagi tinggal disitu? Kami mahukan hutan.. pampasan tetap pampasan. Jika tidak diberikan pampasan, macam mana kami mahu mengembalikan semula keaslian hutan kami dan juga hidup kami. Semua telah ditebang. Pihak kerajaan tidak bersetuju mahu bayar pampasan kepada kami. Kalau mereka (kerajaan) mahu, sudah mereka bayar pada kami pampasan tersebut“.
            Keadaan sedemikian menyebabkan hampir semua penduduk Penan di sekitar kawasan pembinaan empangan Murum merungut mengenai tindakan yang dilakukan oleh pihak kerajaan dalam membantu penduduk Penan di Long Wat dan juga beberapa buah perkampungan Penan tidak didengari oleh pihak kerajaan. Malahan, pihak kerajaan menurut responden, Cuma mementingkan pembangunan daripada kebajikan masyarakat. Buktinya, kerajaan melakukan pembersihan dan penebangan hutan secara besar-besaran untuk bina projek empangan.
Menurut Encik Jack (Jackson) mengenai aktiviti pembinaan empangan Murum. Beliau merupakan salah seorang kontraktor pembinaan empangan menceritakan secara terperinci mengenai proses pembinaan yang melibatkan pembersihan kawasan hutan yang agak luas di sekitar empangan Murum. Beliau juga menjelaskan kesan-kesan empangan tersebut selepas ianya siap dibina dan digunakan nanti. Menurut beliau;
Kesemua kampung yang berdekatan seperti Long Wat, Long Luar, Long Tangau, Long Menapa, Long Singu, Long Malim dan Long Uba terletak di kawasan Sungai Peleiran iaitu di bahagian Ulu Sungai Murum, takungan air akibat empangan Murum akan membanjiri kampung-kampung, harta benda, tanah adat dan hutan mereka. Sekaligus, mereka akan dipaksa untuk berpindah ke suatu kawasan yang belum pihak kami ketahui dan pasti. Melalui pandangan saya, mereka juga sangat bimbang akan kesan-kesan projek empangan Murum ke atas masa depan masyarakat mereka (Penan)”.
Pembinaan empangan di Long Murum ini memberi kesan terhadap pemilikan hak penduduk keatas tanah dan hutan mereka terutama sekali di kawasan Long Wat. Keadaan tersebut adalah disebabkan oleh pembersihan kawasan hutan dan tanah penduduk oleh pihak pemaju empangan Murum tersebut. Maka, kesannya adalah menerusi status pemilikan hak tanah penduduk Penan di kawasan tersebut terjejas. Kesan kawasan dan sempadan peninggalan datuk nenek moyang mereka sukar dikesan oleh penduduk kerana pembersihan kawasan sangat luas dikawasan pembinaan tersebut. Maka tidak hairanlah kesan dari segi penentuan kawasan milik penduduk menjadi isu utama penduduk Penan di Long Wat ini mempengaruhi hak pemilikan  tanah adat kaum Penan. Kesan yang sangat ketara dalam kes ini adalah kemusnahan kehidupan didalam hutan iaitu kehidupan flora dan fauna hutan. Hal ini kerana, kehidupan penduduk Penan disitu adalah sangat bergantung kepada sumber hutan untuk mereka terus hidup. Pengambilan kawasan hutan dan tanah milik mereka telah mengakibatkan banyak penduduk yang terpaksa bergantung kepada sumber lain untuk hidup seperti bekerja dengan masyarakat lain sebagaimana yang berlaku di Sg Asap, kebanyakan mereka bekerja ‘makan gaji’ dengan penduduk Kayan dan Kenyah untuk terus menyara kehidupan mereka. Disamping itu juga, turut mendapat kesan akibat pembinaan empangan Murum adalah kepada alam sekitar yang semakin terancam. Hal sedemikian mampu memberi kesan yang sangat negatif kepada alam sekitar dan juga habitat-habitat yang lain tinggal didalam hutan tersebut.
            Masyarakat pedalaman terutamanya masyarakat bumiputera yang memiliki jumlah bilangan penduduk yang sedikit seperti penduduk Penan di Long Wat, hendaklah mengambil berat terhadap hak yang dimiliki oleh mereka khususnya hak berkaitan dengan tanah yang telah dipertahankan sejak sekian lama. Disamping itu, masyarakat ini juga perlu peka terhadap perkara yang berlaku di sekeliling mereka selain memainkan peranan yang penting dalam melibatkan diri dalam sebarang bentuk program yang dijalankan oleh pihak bertanggungjawab dalam membantu memberi kesedaran kepada penduduk Penan mengenai hak mereka keatas harta dan kepentingan mereka. Disamping itu, pengetahuan dan kefahaman penduduk Penan terhadap asal usul tanah dan sejarah kedatangan nenek moyang sehinggalah ke generasi sekarang juga harus diketahui dengan lebih lanjut dan mendalam. Hal ini adalah penting kerana menerusi pengetahuan yang mendalam mengenai sejarah dan latar belakang keturunan mereka merupakan asset yang penting bagi penduduk Penan dalam mempertahankan hak tersebut tanpa diganggu gugat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan hanya ingin merampas kepentingan tersebut daripada mereka. Sebagaimana kes-kes yang berlaku sebelum ini, ianya boleh menjadi pengajaran kepada masyarakat ini agar lebih berhati-hati dan peka terhadap keadaan semasa. Dari segi pemerhatian yang telah saya jalankan terhadap pembangunan yang dijalankan di kawasan mereka, pengetahuan yang mendalam dikalangan penduduk luar bandar terutamanya penduduk Penan di Long Murum terhadap keadaan di sekeliling mereka adalah sangat sedikit, jika dibandingkan dengan penduduk yang ada di Sungai Asap, dimana penduduk di Sungai Asap telah mempunyai infrastruktur yang lengkap seperti sekolah dan klinik terutamanya. Keadaan sedemikian juga telah mewujudkan keadaan dimana kepentingan dan kepekaan mereka sebagai penduduk asal kawasan Long Murum merupakan salah satu perkara penting dalam menjaga hak mereka tidak kira sama ada hak keatas harta mahupun kebebasan bersuara. Masyarakat pula harus tahu bahawa hak mereka untuk melaporkan sebarang aktiviti eksploitasi keatas tanah mereka kepada pihak berkuasa tertentu demi kepentingan mereka juga.
            Pihak kerajaan juga sebarusnya memainkan peranan yang penting dalam menjaga kepentingan hak penduduk bumiputera terutama sekali menjaga tradisi, warisan dan hak yang telah dimiliki oleh sesuatu kaum bumiputera seperti penduduk kaum Penan yang tinggal di kawasan pedalaman dan tidak mempunyai kemudahan asas yang mencukupi. Hal ini kerana, pihak kerajaan telah mempunyai polisi utama dalam menjaga kebajikan masyarakat yang mempunyai masalah dan bagi kaum Penan yang memiliki populasi yang sedikit sebagaimana yang berlaku di kawasan Long Wat, Belaga dimana kawasan tersebut adalah kawasan yang berhampiran dengan kawasan pembinaan empangan Murum. Kawasan tersebut yang terletak di bawah kawasan parlimen YB Datuk Billy Abit Joo, P.215 Hulu Rajang dan kawasan dewan undangan negeri Belaga N.57, iaitu YB. Encik. Liwan Lagang. Pada masa yang sama juga, kerajaan harus mengadakan pelbagai polisi untuk menjaga kebajikan penduduk di sekitar kawasan Belaga sebagaimana yang telah berlaku di kawasan Long Murum terutamanya keatas penduduk di Long Wat di mana hak pemilikan tanah sedikit sebanyak telah menjejaskan hak mereka sebagai penduduk bumiputera pada masa sekarang. Encik Labang juga menyatakan bahawa kepentingan mereka sebagai penduduk asal di Long Wat yang telah berpindah daripada Long Wat ke penempatan mereka sekarang iaitu di Sungai Asap, mereka berasa sangat susah kerana terpaksa meninggalkan harta pusaka nenek moyang mereka. Hal ini kerana, bagi mereka, harta nenek moyang mereka iaitu hutan dan tanah yabg ada di Long Wat, merupakan harta kekayaan bagi mereka. Tambahan lagi, kehidupan di dalam hutan, merupakan sumber bagi kewujudan makanan dan juga budaya mereka. Menurut Encik Labang lagi, sebelum kedatangan pihak luar dalam pembinaan empangan Murum, kehidupan mereka tidak seteruk selepas pembinaan empangan Murum. Kebanyakan hutan dan tanah milik mereka sebelum ini, musnah akibat pembinaan empangan dan juga aktiviti pembalakan yang dilakukan oleh sesetengah pihak. Oleh itu, wajarlah pihak kerajaan memainkan peranan yang penting dalam membantu dan melindungi hak penduduk kaum Penan ini agar permasalahan mereka ini dapat diselesaikan.
            Di samping itu, pihak berkuasa juga harus memainkan peranan yang penting dalam memberi bantuan kepada penduduk kaum Penan khususnya di kawasan Long Murum, lebih-lebih lagi terhadap kawasan yang terjejas akibat pembinaan empangan Murum. Hal ini adalah kesan akibat pembinaan empangan Murum dari segi hak pemilikan tanah oleh penduduk Penan. Pihak berkuasa seperti Jabatan Alam Sekitar, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar dan terutama sekali pihak Land Survey perlu memainkan peranan dalam membantu memberikan maklumat mengenai pemilikan hak tanah terutama sekali status pemilikan hak tanah adat bagi golongan penduduk Penan dikawasan pedalaman sepetimana yang ada di Long Murum. Hal ini bagi memastikan penduduk Penan mengetahui hak mereka keatas tanah milik mereka sejak turun-temurun lagi pada masa yang sama membantu penduduk ini daripada dieksploitasi oleh pihak yang mementingkan kepentingan diri dan juga mencari keuntungan daripada kekayaan yang telah dimiliki oleh pihak Penan. Aktiviti pemantauan keatas kawasan hutan yang mempunyai kekayaan sumber alam semula jadi dan juga kawasan mempunyai penduduk Penan harus dijalankan oleh pihak berkuasa agar tidak berlaku sebarang kemusnahan hutan secara besar-besaran sebagaimana yang telah berlaku di sekitar kawasan pembinaan empangan Murum. Pihak berkuasa juga, harus memainkan peranan dalam memperketatkan prosedur dalam mendapatkan kelulusan penebangan pokok secara besar-besaran sebagaimana yang dilakukan oleh pihak pembalak dalam membersihkan kawasan hutan untuk pembinaan empangan Murum. Pada masa yang sama juga, pihak berkuasa juga perlu bekerjasama dengan pihak kerajaan dalam membentuk sebuah kawasan hutan simpan atau tanah rizab terutama sekali di kawasan yang berpotensi besar untuk melindungi sumber hutan yang kaya dengan flora dan fauna supaya tidak pupus pada suatu masa nanti. Hal ini secara tidak langsung dapat melindungi dan menjaga hak penduduk Penan dalam mempertahankan hak tanah mereka daripada berpindah milik kepada pihak pemaju yang hanya memberi keuntungan kepada pihak pemaju dan juga pihak tertentu. Hukuman dan saman keatas mana-mana pihak yang memusnahkan hutan dan menceroboh kawasan yang telah dirizabkan tersebut harus juga diperketatkan. Semua lesen pembalakan digantung sekiranya mana-mana pihak yang ingkar dengan arahan tersebut. Hal ini juga bagi memastikan undang-undang dan peraturan yang telah diperuntukkan sebelum ini dapat diteruskan dengan teratur dan tegas. Disamping itu, kebajikan penduduk Penan juga dapat dilindungi dan dititikberatkan oleh pihak terbabit agar suara mereka turut didengari oleh pihak luar selain memberi pembangunan yang positif kepada penduduk setempat di Long Murum terutamanya.
            Kesan daripada pembinaan kawasan empangan Murum yang begitu besar, memberi impak yang negatif dari banyak aspek terutamanya dari aspek kesan sosial seperti ancaman hak pemilikan tanah adat penduduk Penan yang telah mendiami kawasan Long Murum sejak sekian lama. Pembinaan empangan Murum ini juga, sebagaimana yang kita ketahui, ianya memerlukan pembersihan kawasan hutan yang luas dan memerlukan tapak pembinaan yang luas bagi mencapai objektif kerajaan untuk membangunkan kawasan tersebut. Namun demikian, kesan sampingan akibat pembangunan seperti ini adalah memberi kesan kepada penduduk asal kawasan tersebut. Mereka terpaksa menghadapi keadaan yang teruk. Tanah dan hutan mereka dimusnahkan dan diambil oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Maka melalui penulisan ini, ianya dapat menghasilkan rumusan dan kesimpulan bahawa mengetahui dan menitikberatkan perihal pemilikan hak tanah adat dikalangan penduduk Penan khas dan penduduk Dayak amnya, adalah salah satu perkara penting dalam hidup mereka. Hal ini kerana, mereka masih lagi cetek pengetahuan dan pemahaman dalam menentukan hak mereka keatas tanah adat milik mereka. Eksploitasi dan ancaman daripada pihak luar juga memberi impak kepada diri penduduk Penan itu sendiri, apabila pihak luar mengetahui bahawa penduduk Penan kebanyakannya tidak memiliki pendidikan yang cukup dan secara tidak langsung kesempatan tersebut diambil oleh pihak luar untuk mengambil tanah yang tidak mempunyai geran tanah sebagaimana yang wujud di Long Murum khususnya penduduk yang berhampiran dengan kawasan pembinaan di Long Wat.
            Disamping itu, terdapat juga kesan lain akibat pembinaan empangan Murum yang memerlukan kawasan pembinaan yang agak luas. Keadaan tersebut akan memberi kesan kepada alam sekitar dan juga penduduk apabila penduduk akan berhadapan dengan pencemaran dan juga keselamatan. Tambahan lagi, pencemaran yang diakibatkan oleh pembinaan memberi kesan yang sangat lama dan merugikan penduduk disitu serta generasi akan datang.  Sebagaimana yang telah dinyatakan oleh salah seorang responden, peluang pekerjaan disekitar kawasan pembinaan tidak banyak diberikan kepada mereka dan pencemaran udara terutama sekali sering berlaku dikawasan kami akibat pembinaan empangan. Dan keadaan sedemikian sangat merugikan mereka. Pihak pemaju juga seharusnya memikirkan peluang pekerjaan kepada penduduk kampung setempat. Hal ini bertujuan bagi memberikan mereka sedikit sebanyak keuntungan daripada hasil pembinaan empangan yang dibina di kawasan mereka. Tambahan lagi, tanah yang mereka duduki sebelum ini telah diambil oleh pihak kerajaan bagi tujuan pembangunan. Pada masa yang sama juga, penduduk Penan kebanyakannya tidak memiliki geran tanah dalam menentukan hak milik mereka yang sebenarnya. Namun, sepertimana yang kita ketahui bahawa, penduduk bumiputera di Sarawak memiliki keistimewaan dalam memiliki hak tanah adat yang termaktub dalam Native Customary Rights (NCR).

6.0. RUJUKAN
Ana MarĂ­a Peredo, Robert B. Anderson, Craig S. Galbraith, Benson Honig dan Leo Paul Dana, (2004). Towards a Theory of Indigenous Entrepreneurship, Int. J. Entrepreneurship and Small Business, Vol. 1, Nos. ½. [Online], Available: http://www.mang.cantebury.ac.nz/docs/dana/Indigenous%20Entrepreneurship.pdf [Februari 18, 2010].

Bujang M. (2004). Malaysia Case Study A Community Initiative: Mapping Dayak’s Customary Lands in Sarawak, Borneo Resources Institute, Philippines. [Online], Available: http://www.iapad.org/publications/ppgis/brimas_malaysia.pdf [Februari 18, 2010].

Centre on Housing Rights and Evictions (2002). Forced Evictions: Violations of Human Rights, Global Survey No. 8, Switzerland, [Online], Available: http://www.cohre.org/store/attachments/COHRE%20Global%20Survery%20No%208.pdf [Januari 29, 2010].

Colchester M., Pang W.A., Chuo W.M., & Jalong T. (2007). Land is Life: Land Rights and Oil Palm Development in Sarawak, Forest People Programme & Perkumpulan Sawit Watch. [Online], Available: http://www.forestpeoples.org/documents/asia_pacific/sarawak_land_is_life_nov07_eng.pdf [Februari 10, 2010].

Dr Ramy Bulan & Amy Locklear (2006). Legal Perspective On Native Customary Land Rights in Sarawak, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia/ Human Rights Commission of Malaysia, Selangor, pp. 6.
Fleiner T. (1999). What are Human Rights?, Centre for Comparative Constitutional Studies University of Melbourne, The Federation Press, Sydney, pp. 21.

Fong Hon Kah (1996). Sejarah Perkembangan Lembangan Rajang di Sarawak, Jawantankuasa Warisan Kebudayaan Dewan Suarah Sibu, Sibu, pp. 109.

Hilary Chiew (2007). The Star Online: Disputed Papers, [Online], Available: http://thestar.com.my/lifestyle/story.asp?file=/2007/1/9/lifefocus/16118022&sec=lifefocus [Februari 15, 2010].

Maimunah Ismail (1990). Pengembangan: Implikasi ke atas Pembangunan Masyarakat, Edisi Kedua, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, pp. 16.

Mohd Rafi Yaacob & Loong Wong (2007). Stakeholders’ Activisms: Indigenous Peoples’ of Sarawak Resistance against the State Government and Corporations, Social Responsibility Journal Vol. 3 Number 2 2007, [Online], Available: http://www.emeraldinsight.com/10.1108/17471110710829713 [Januari 20, 2010]

Plant R. & Hvalkof S. (2001). Land Titling and Indigenous Peoples, Sustainable development Department Technical Papers Series, Inter-American Development Bank, Washington, [Online], Available: http://idbdocs.iadb.org/wsdocs/getdocument.aspx?docnum=1441475 [Februari 10, 2010].

Rahimah Abdul Aziz (1989). Sosiologi Pembangunan, Dewan Bahasa dan Pustaka, The Sociology of Development, First Edition, Aiden Foster-Carter, Causeway Press, pp. 31.

Ramy Bulan (2009). Native Customary Land: The Trust as a Device for Land Development in Sarawak. [Online], Available: http://eprints.um.edu.my/386/1/Native Customary Land The Trust as a Device for Land Development in Sarawak.pdf [Februari 02, 2010].

Ramzah Dambul (2006). Empangan Bakun: Janji-janji Kosong, Kehidupan Musnah, Isu EIA Kumpulan 9. [Online] Available: http://bakun-akdc.com/news_doc/isu_EIA_dambul.pdf [Februari 10, 2010].

Sahabat Alam Malaysia (1990). Penyelesaian Masalah Hutan dan Penduduk Asli Sarawak, Sahabat Alam Malaysia, Pulau Pinang, pp. 7 & 14.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (2009). Suhakam’s Report on the Murum Hydroelectric Project and its Impact Towards the Economic, Social and Cultural Rights of the Affected Indigenous Peoples in Sarawak, Legasi Press Sdn Bhd, Kuala Lumpur. [Online] Available: http://www.suhakam.org.my/c/document_library/get_file?p_l_id=30217&folderId=30507&name=DLFE-5417.pdf [Februari 10, 2010].

The Testimony of Penan Communities in Sarawak (2000). Not Development, But Theft, Institute for Development of Alternative Living, Sibu, pp. 1-2.